Melawat muzium kini menjadi trend percutian baharu khususnya bagi golongan muda di China, dengan ramai pengembara menerokai laluan yang tidak lazim dilakukan itu semasa tempoh percutian lapan hari sempena Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan bagi menikmati budaya dan sejarah, berbanding berkunjung k
Seiring dengan inisiatif pembaharuan taman negara China yang memasuki ulang tahun ke-10 pada tahun ini, Forum Taman Negara ketiga telah berlangsung pada Ogos lalu di Chengdu, Provinsi Sichuan di barat daya China.
Pada sebelah petang 24 September, Zhou Shuying, seorang pewaris peringkat kebangsaan guntingan kertas Yuxian, mencelup berusnya dan mula mengecat kertas di studionya di kaunti Yuxian, bandar Shijiazhuang, Provinsi Hebei, utara China.
Taman Tanah Lembap Negara Haiwei baru-baru ini dibuka semula kepada orang ramai selepas ditutup sementara susulan usaha pembinaan fasiliti dan pemulihan semula ekologi.
Tatkala kebanyakan warga China sedang bercuti, namun masih ramai pekerja yang mengerah keringat masing-masing, bertugas dan memenuhi tanggungjawab mereka semasa cuti panjang selama lapan hari sempena Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan.
Hi, semua! Saya Sisi, penggemar kembara. Apabila embun pagi membawa petanda sejuk dan daun pada dahan pokok mapel berubah menjadi merah lembayung, kita mengalu-alukan kedatangan Hanlu, atau Embun Sejuk, iaitu penggal kelima musim luruh dalam kalendar ’24 Musim’.
Hi, semua! Saya Kuku, kaki makan! Hari ini kita meraikan Perayaan Kuih Bulan dengan makan tradisional. Ikuti saya dalam pengembaraan untuk menerokai makanan-makanan yang lazat sempena perayaan yang penuh kasih sayang dan pertemuan semula keluarga yang istimewa ini dalam satu minit.
Pada satu petang musim luruh di sepanjang pinggir laut kaunti Hu’an, Provinsi Fujian, tenggara China, wanita tempatan bergerak ke serata dataran lumpur dan seterusnya menjala. Pergerakan mereka menghasilkan satu pemandangan yang segar di sepanjang pinggir laut itu.
Qufu, kampung halaman Confucius di provinsi Shandong, timur China, menganjurkan acara dalam dan luar talian pada Ahad bagi memperingati ulang tahun ke-2576 kelahiran ahli falsafah purba itu.
Pemandangan Musim Luruh di Mongolia Dalam, Utara China
Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa UNESCO pada Sabtu telah mengumumkan 26 rizab biosfera baharu di 21 negara, termasuk dua di China, sekali gus menjadikan jaringan rizab biosfera dunia kepada 785 tapak di serata 142 negara.
Satu persidangan untuk mempromosi pelancongan di Pergunungan Taihang, provinsi Henan diadakan di Xinxiang pada malam 26 September.
Landskap pengangkutan bandar China kini semakin terlihat dalam bentuk ‘mobiliti dua roda’ – kebanyakannya basikal dan skuter elektrik – yang telah menjadi komponen penting dalam pembangunan bandar yang mampan.
Terdapat banyak tasik di Xinjiang, lapan daripadanya cukup terkenal, termasuklah Tasik Sayram, tasik air tawar pedalaman terbesar di wilayah Xinjiang, yang juga tasik pedalaman besar dengan altitud tertinggi di dunia. Tasik Sayram terkenal dengan permukaan yang luas, air yang jernih, pemandangan yan
Gui Xue, seorang pewaris peringkat provinsi kraf teko teh kayu Jingxian, memiliki sebuah studio di kaunti Jingxian, bandar Xuancheng, Provinsi Anhui di timur China.
Zou Minglei, cef pastri yang mahir, telah menemui cara unik untuk membawa sejarah dari dewan muzium ke atas meja makan, iaitu menggunakan pencuci mulut yang dihasilkan dengan penuh rumit, bagi menceritakan tentang kisah di sebalik beberapa relik budaya paling terkenal di China.
Selepas turunnya hujan musim luruh, Gunung Laojun di Provinsi Henan, tengah China diselubungi oleh lautan awan. Kabus turun melalui lembah, dengan pemandangan bumbung emas dan kuil purba di puncak tenggelam di dalam kabus yang bergerak berselang-seli. Laluan pejalan kaki yang berliku-liku ke dalam a
Forum Kebudayaan Beijing 2025 dirasmikan di Beijing, pada Selasa.
Sekitar enam ratus tahun yang lalu, semasa pemerintahan Maharaja Yongle Dinasti Ming (1368-1644), Zheng He yang berasal dari daerah Jinning di Kunming, Provinsi Yunnan, barat daya China telah mengemudi sebuah armada dalam tujuh pelayaran epik, yang menjalinkan hubungan persahabatan dengan lebih 30 n
Terletak di Bandar Jiaxing, Provinsi Zhejiang, di timur China, Pekan Shendang telah membangunkan laluan pelancongan dan kebudayaan yang unik dengan ciri-ciri yang tersendiri, sekali gus menjadikan ia pekan yang popular di kawasan Delta Sungai Yangtze sejak 2024.
AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) / アドレス: モード: デフォルト 音声ブラウザ ルビ付き 配色反転 文字拡大 モバイル