Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>China-ASEAN

China, Singapura Komited Pererat Kerjasama Demi Manfaat Rakyat

(CRI)Jumaat 03 Oktober 2025

Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang dan rakan sejawatnya dari Singapura, Gan Kim Yong saling bertukar ucapan tahniah pada Jumaat sempena ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Ding menzahirkan kesediaan berusaha bersama Gan untuk menjayakan mesyuarat mekanisme kerjasama dua hala China-Singapura pada tahun ini, di samping terus memperkaya konotasi perkongsian berorientasikan masa depan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi antara kedua-dua negara bagi membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat.

Sementara itu, Gan berkata berdepan dunia yang berada dalam keadaan tidak menentu, Singapura berharap merapatkan koordinasi dengan China bagi memelihara orde antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral demi manfaat rakyat kedua-dua negara dan serantau.

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /