Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>Gaya Hidup>>Masyarakat

Tasik Sayram, "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik"

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 September 2025

Terdapat banyak tasik di Xinjiang, lapan daripadanya cukup terkenal, termasuklah Tasik Sayram, tasik air tawar pedalaman terbesar di wilayah Xinjiang, yang juga tasik pedalaman besar dengan altitud tertinggi di dunia. Tasik Sayram terkenal dengan permukaan yang luas, air yang jernih, pemandangan yang menakjubkan serta struktur geologinya yang sangat unik. Ia juga dikenali sebagai "Titisan Air Mata Terakhir Lautan Atlantik". Ini kerana wap air yang dibawa oleh angin barat dari Lautan Atlantik dari barat Eropah ke timur dan naik ke atas kerana topografi yang bergunung-ganang di Gunung Tianshan. Lepas itu, ia menyejuk dan terpeluwap sehingga menghasilkan hujan dan akhirnya menjadi kerpasan yang turun ke sekitar Tasik Sayram.

Tasik Sayram, dikenali sebagai "Laut Bersih" pada masa lampau, terletak di Gunung Tianshan, daerah Bortala, wilayah Xinjiang. Ia mempunyai air yang jernih dan dikelilingi oleh hutan yang tebal. Terdapat pelbagai landskap di sekitar Tasik Sayram, termasuk gunung, tasik, hutan, padang rumput, tanah lembap dan glasier. Ia bukan sekadar khazanah alam semula jadi tetapi juga habitat kepada banyak hidupan akuatik yang langka. Di sini, anda boleh mendapati pelbagai tumbuhan air dan ikan yang berwarna-warni serta burung air yang jarang dijumpai.

Sebagai tasik di dataran tinggi yang tertutup keupayaannya untuk memulihkan ekosistem sendiri agak terbatas. Tasik Sayram juga pernah mengalami degradasi hutan yang teruk. Untuk melindungi ekosistem di Tasik Sayram, Jawatankuasa Pengurusan Tasik Sayram telah melakukan penyelidikan dan penilaian mengenai keselamatan ekologi dan mengambil langkah untuk memulihkan dan melindungi ekosistem serta mengendalikan sumber pencemaran. Dengan membina lingkaran ekologi hijau, 425,000 mu (kira-kira 28,333 hektar) padang rumput di sekitar tasik diwarta sebagai tempat dilarang menggembala. Padang rumput seluas 130,000 mu (kira-kira 8,666 hektar) telah dipulihkan. Tebing sungai sepanjang 35 kilometer telah diperkuatkan. Lembah sepanjang 94 kilometer telah ditambahbaik. Padang rumput semula jadi itu dapat kembali subur.

Dengan pelaksanaan langkah-langkah tersebut, kepelbagaian ekosistem di Tasik Sayram menunjukan perkembangan yang semakin baik. Konsep pembangunan hijau telah membirukan semula Tasik Sayram. Langkah perlindungan saintifik pula menyerikan keindahan Tasik Sayram. Perlindungan ekologi yang berkesan juga membawa kepada kebangkitan sektor pelancongan. Mulai Julai 2023, jumlah pelancong yang mengunjungi Tasik Sayram terus meningkat dengan purata harian telah melebihi 38,700 orang. Identiti popular Tasik Sayram sekali gus mendorong pelancongan seluruh daerah. Dalam tempoh cuti Perayaan Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan China, jumlah pelancong ke daerah Bortala mencatat 1.172 juta. Cerita Tasik Sayram kembali indah membuktikan bahawa manusia dan alam semula jadi tidak saling bertentangan. Pertumbuhan ekonomi dan perlindungan ekologi mampu wujud bersama dan mencapai situasi menang-menang.

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /