Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>Gaya Hidup>>Kebudayaan

Pewaris di Yunnan Hidupkan Semula Armada Laksamana Zheng He

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 24 September 2025
Pewaris di Yunnan Hidupkan Semula Armada Laksamana Zheng He
Fu Kunxiang mengukir sebuah model kapal armada Zheng He. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Sekitar enam ratus tahun yang lalu, semasa pemerintahan Maharaja Yongle Dinasti Ming (1368-1644), Zheng He yang berasal dari daerah Jinning di Kunming, Provinsi Yunnan, barat daya China telah mengemudi sebuah armada dalam tujuh pelayaran epik, yang menjalinkan hubungan persahabatan dengan lebih 30 negara dan wilayah, serta meninggalkan legasi cemerlang dalam sejarah Jalan Sutera Maritim.

Hari ini, seorang penduduk tempatan di daerah itu berusaha untuk menghidupkan semula armada itu dengan menghasilkan model kapal, yang berkongsikan kisah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dari Yunnan pada era baharu.

Fu yang berpengalaman lebih 40 tahun, merupakan seorang pewaris bagi kraf pembuatan model kapal purba di Kunming.

Pada awal penglibatannya, Fu amnya memfokuskan kepada model kapal Barat. Ketika berlangsungnya Ekspo Import Ekport China yang lalu, model kapal yang dihasilkannya telah menarik minat ramai orang. Sepasang adik-beradik dari Amerika Syarikat mendekati salah satu model itu, sambil si kakak menceritakan sejarahnya.

Situasi tersebut telah mencuit perhatian Fu. "Model kapal mewarisi sejarah dan budaya. China mempunyai legasi maritimnya yang tersendiri – pelayaran Zheng He". Sejak itu, beliau sedaya upaya untuk menghasilkan semula armada Zheng He.

Bagi menjamin ketepatan, Fu dan pasukannya menjejaki semula laluan Zheng He, mengumpulkan rekod dan tinggalan di tempat-tempat seperti bandar Nanjing serta provinsi Fujian dan Guangdong, seterusnya mempelajari teknik daripada serimala kapal di kampung-kampung tepi pantai.

Pada Julai 2014, selepas menghabiskan masa selama tiga tahun, pasukan Fu berjaya menyiapkan armada model 208 kapal yang berskala 1:50.

Sambil mengasah kemahirannya, Fu turut mempamerkan modelnya di pameran-pameran. Pada 2019, Muzium Teknologi Jerman telah memasukkan ke dalam koleksi model kapal milik armada Zheng He yang dihasilkan oleh Fu, yang disifatkan oleh pakar Eropah sebagai menakjubkan.

"Pelayaran Zheng He menyebarluas tentang peradaban dan keamanan, serta menjalin persahabatan. Itu adalah sama dengan semangat BRI," kata Fu.

Pada 4 Julai, kereta api pertama Perkhidmatan Pelbagai Mod Antarabangsa Laut-Darat-Rel ‘Zheng He’ telah meninggalkan Kunming. Setibanya di Vientiane, Laos menerusi Kereta Api China-Laos, barang-barang tersebut dihantar ke Thailand, Singapura dan Bangladesh melalui tiga laluan lain.

Foto memperlihatkan model miniatur armada Zheng He yang dihasilkan Fu Kunxiang. (Oleh Wang Li)
Foto menunjukkan model armada Zheng He di Muzium Daerah Jinning di Kunming, Provinsi Yunnan. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
Model armada Zheng He yang dipamerkan pada Ekspo Kebudayaan Yunnan 2017. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
Model kapal berskala 1:100 daripada armada Zheng He yang dibina oleh Fu Kunxiang dan pasukannya. (Foto ihsan individu yang diwawancara)
Kereta api pertama Perkhidmatan Pelbagai Mod Antarabangsa Laut-Darat-Rel ‘Zheng He’ berlepas dari Pelabuhan Darat Antarabangsa Tengjun di Kunming, Provinsi Yunnan pada 4 Julai 2025. (Foto ihsan Pelabuhan Darat Antarabangsa Tengjun)

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /