Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyenaraikan tiga elemen kebudayaan China sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan di Asuncion, Paraguay, pada Khamis.
Memetik laporan agensi berita Xinhua, ketiga-tiga elemen kebudayaan tersebut adalah perayaan Tahun Baru Qiang yang disambut di Provinsi Sichuan; teknik tekstil Li tradisional yang meliputi memutar, mewarna, menenun dan menyulam, dan reka bentuk; serta amalan tradisional untuk membina jambatan gerbang kayu Cina.
Untuk rekod, pada 2009, ketiga-tiga elemen kebudayaan tersebut telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera.