Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>Bisnes

China Rekod Pertumbuhan Penggunaan yang Stabil Pada Cuti Minggu Emas Super 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Oktober 2025
China Rekod Pertumbuhan Penggunaan yang Stabil Pada Cuti Minggu Emas Super 2025
Foto dron menunjukkan kebanjiran pelancong di Pekan Shitang, Bandar Shangrao, Provinsi Jiangxi pada 6 Oktober. (Foto/Xinhua)

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa China menyaksikan pertumbuhan yang stabil dalam penggunaan semasa tempoh percutian sempena Hari Kebangsaan dan Pesta Kuih Bulan selama lapan hari yang turut digelar sebagai ‘minggu emas super’.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan, syarikat katering dan runcit yang utama melaporkan kenaikan jualan dari tahun ke tahun sebanyak 2.7 peratus semasa tempoh percutian yang melabuhkan tirainya pada Rabu itu.

Difahamkan, untuk tujuh hari pertama tempoh percutian itu, aliran trafik di 78 batang jalan pejalan kaki dan kawasan perniagaan yang dipantau oleh kementerian itu berkembang sebanyak 8.8 peratus berbanding tahun terdahulu, dan keuntungan perniagaan meningkat sehingga 6 peratus.

Tempoh percutian itu turut menyaksikan terdapatnya trend perbelanjaan baharu, dengan produk gaya China, pintar dan hijau mendapat tarikan yang signifikan daripada pengguna.

Memetik data yang dikeluarkan, jualan makanan organik hijau melonjak 27.9 peratus dari tahun ke tahun, sementara jualan perkakasan rumah pintar dan baju gaya China masing-masing meningkat sebanyak 14.3 peratus dan 14.1 peratus.

Pada tahun ini, Pesta Kuih Bulan jatuh pada tempoh sama percutian Hari Kebangsaan, sekali gus memanjangkan tempoh cuti kepada lapan hari berbanding tujuh. Kuih bulan yang rendah lemak dan gula menjadi pilihan ramai, secara tidak langsung mencerminkan peralihan pengguna ke arah pilihan yang berorientasikan kesihatan dan berkualiti.

Pada masa sama, penggunaan perkhidmatan turut mendapat momentum signifikan. Setakat pukul 3 petang hari Rabu, deretan filem domestik yang berkualiti tinggi telah menarik kedatangan peminat filem ke pawagam, dengan jualan pecah panggung percutian China melangkaui angka RMB1.79 bilion (AS252ドル juta).

Selain itu, penganjuran acara sukan yang pelbagai turut menyalakan semangat penonton, seterusnya mendorong penggunaan dalam perkhidmatan katering serta produk kreatif dan kebudayaan yang berkaitan.

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /