Peruntukan kewangan China dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepanjang tahun 2024 naik 8.9 peratus tahun ke tahun, dengan menokok RMB3.63268 trilion (RM2.15 trilion).
Menurut perangkaan yang diumumkan Jabatan Statistik Negara (NSB) China pada Isnin, kadar pertumbuhan purata bagi bidang R&D di negara ini mencatat 10.5 peratus pada tempoh 2021-2024, lebih tinggi daripada matlamat yang sudah ditetapkan, dan juga berada di barisan depan antara pelbagai entiti ekonomi utama di peringkat dunia.
China menduduki tempat kedua dalam ranking dunia berhubung jumlah kumulatif peruntukan kewangan terhadap bidang R&D, maklum dari Ketua Ahli Statistik Bahagian Sosial, Sains dan Budaya NBS, Zhang Qilong.
Untuk perincian, peruntukan kewangan dalam bidang penyelidikan asas, pengajian aplikasi dan perkembangan ujikaji pada 2024 masing-masing meningkat 10.7 peratus, 17.6 peratus dan 7.6 peratus tahun ke tahun, dengan masing-masing mencecah RMB250.09 bilion (RM148 bilion), RMB430.55 bilion (RM255 bilion) dan RMB2.95204 trilion (RM1.75 trilion).