You may be trying to access this site from a secured browser on the server. Please enable scripts and reload this page.
SharePoint
It looks like your browser does not have JavaScript enabled. Please turn on JavaScript and try again.
Khidmat Jawi

UNIT PELAKSANAAN BAHASA DAN UNIT JAWI

PERMOHONAN TULISAN JAWI

Unit ini menangani semua jenis permohonan tulisan Jawi daripada jabatan kerajaan, swasta dan orang persendirian. Jenis permohonan seperti yang berikut:

  1. Papan Tanda dan Kepala Surat bagi nama perniagaan
  2. Kenderaan bagi nama perniagaan
  3. Nama Bangunan
  4. Nama Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya
  5. Jenama, Francais dan seumpamanya
  6. Teks Panjang
  7. Label/Papan Tanda umum
  8. Kain Rentang
  9. Papan Iklan (billboard)
  10. Poster, kulit buku/program, cop
  11. Tirai Belakang (backdrop)

Khidmat ini sejajar dengan kehendak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sepertimana maksud surat keliling JPM Bil. 21/1988 bertarikh 19 Julai 1988:

...semua Kementerian dan Jabatan supaya mengawasi dan memastikan penggunaan tulisan jawi disamping tulisan rumi pada papan-papan tanda di bangunan-bangunan Kerajaan dan badan-badan perniagaan, termasuk papan-papan nama, kepala surat, papan kenyataan, poster, iklan, kain rentang, nama-nama dan tanda-tanda jalan serta seumpamanya. Tulisan jawi itu hendaklah ditulis dua kali ganda besarnya daripada tulisan rumi dan diletakkan disebalah atas...

Kadar bayaran bagi perkhidmatan tulisan dan pengesahan Jawi adalah seperti yang berikut:

PERMOHONAN TULISAN JAWI ​ ​ PENGESAHAN EJAAN/TULISAN JAWI DAN BAHASA MELAYUSALINAN TULISAN JAWI
Kategori Jenis Tulisan Harga Kategori Harga Jumlah Harga

·  Papan Tanda

·  Kepala Surat

·  Kenderaan

·  Nama Bangunan

·  Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya

·  Jenama, Francais dan seumpamanya

·  Label/Papan Tanda Umum

·  Papan Iklan (Billboard)

·  Tirai Belakang/Kain Rentang

·  Poster, Kulit Buku/Program, Cop

Nasakh 20ドル.00

·  Kenderaan

·  Logo

5ドル.00 ·  Setiap satu salinan 5ドル.00
​ Selain Nasakh 30ドル.00 ​ ​ ​ ​

Permohonan Teks Panjang dihadkan kepada 10 klausa sahaja. Jika melebihi 10 klausa, permohonan akan dikira sebagai permohonan baharu.

 Tatacara memohon seperti yang berikut:

  1. Pemohon dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu.
  2. Sebelum permohonan diproses, pemohon hendaklah membuat pembayaran terlebih dahulu di Unit Kewangan, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.
  3. Bagi permohonan dari jabatan-jabatan kerajaan, pembayaran dibuat dengan mengeluarkan surat tuntutan ke jabatan berkenaan.
  4. Untuk mengambil tulisan atau pengesahan Jawi, pemohon boleh menghubungi Unit pelaksanaan Bahasa dan Unit Jawi untuk memastikan sama ada sudah selesai atau belum, atau boleh juga mengambilnya dengan mengikut TPOR.

Berikut ialah dokumen yang perlu disertakan bersama-sama borang permohonan:

  1. Pendaftaran Sendirian Berhad
  2. Pendaftaran nama perniagaan 16/17
  3. Pendaftaran Koperasi (BINA)
  4. Permit kenderaan (Pengangkutan Darat)
  5. Pendaftaran persatuan
  6. Dokumen yang relevan bagi jenama, francais, tanda niaga dan lain-laian.


TPOR BAGI PERMOHONAN TULISAN JAWI



BIL

JENIS PERKHIDMATAN

TPOR




 

 

 

 

1

Memproses permohonan ke dalam bahasa Melayu dan tulisan Jawi bagi

 

 


 

 

 

1.1Papan Tanda dan Kepala Suratbagi nama perniagaan

(borang kalas)

5hari

 

1.2Kenderaanbagi nama perniagaan

(borang kalas)

5hari

 

1.3Nama Bangunan

(borang putih)

3hari

 

1.4Nama Pertubuhan, Koperasi dan seumpamanya

(borang putih)

3hari

 

1.5Jenama, Francais dan seumpamanya

(borang putih)

3hari

 

1.6Teks panjang (bagi setiap 1 muka surat A4)

(borang putih)

5hari

 

1.7Label/Papan Tanda umum

(borang putih)

 

 

i.1 hingga 20 nama

 

7hari

 

ii.21 hingga 40 nama

 

10hari

 

iii.Lebih 41 nama

 

15hari

 

1.8Kain Rentang

(borang putih)

3hari

 

1.9Papan Iklan (billboard)

(borang putih)

3hari

 

1.10Poster, kulit buku/program, cop

(borang putih)

3hari

 

1.11Tirai Belakang (backdrop)

(borang putih)

3hari

 

 

 

 

2

Memproses permohonancadangan nama perniagaan

(borang kuning)

3hari

 

 

 

 

3

Memproses permohonan pengesahan tulisan Jawi dalam logo

(borang Biru)

3hari





4

Memproses permohonan pengesahan penggunaan tulisan Jawi/ bahasa Melayu bagi kenderaan

(borang Biru)

2hari

 

Memproses permohonan pengesahan penggunaan tulisan Jawi/ Bahasa Melayu bagi papan tanda/ kain rentang/ papan iklan

Online

3hari 

 

 

 

 

 


false,false,2

Privacy Policy | Disclaimer | Terms of Use

2017 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak cipta terpelihara.

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /