Text size :
ADVANCEDSEARCH
DBP.jpg
SILA IMBAS KOD QR BAGI MAKLUM BALAS PELANGGAN TERHADAP PERKHIDMATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan DBP
KOLEKSI
Manuskrip lama dan diangdangan...
GALERI FOTO
Gambar aktiviti-aktiviti
IMG_0146.JPG
Selasa, 27 Jamadilawal 1447 | 18 November 2025Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kumpulan PUTRA Seni menganjurkan Simposium Kesusasteraan Kebangsaan Ke-2 pada 18 – 19 November 2025 di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas.Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi merasmikan simposium tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Majlis diselajurkan dengan pelancaran buku terbaharu terbitan ASTERAWANI berjudul Antologi Puisi Esei Wacana Fikir yang memuatkan 11 buah puisi dalam bentuk puisi esei.Majlis juga diserikan dengan pembentangan kertas ucap utama bertajuk "Nilai-nilai Cinta dan Nilai-nilai Kemanusiaan dalam Puisi Shukri Zain sebagai Medium Diplomasi Sastera: Perspektif Kuasa Insani" yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jasni Matlani, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).Simposium pada tahun ini bertemakan "Menelusuri Warisan Sastera Shukri Zain: Inspirasi untuk Nasionalisme dan Nilai-nilai Kebruneian" dengan pembentangan dua kertas ucap utama dan 12 buah kertas kerja yang berpusat pada kegiatan sastera Allahyarham Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Awang Haji Mohd Zain bin Haji Serudin yang juga dikenali dengan nama pena Shukri Zain.
SYARAHAN MABBIM KE-13.jpeg
Sabtu, 8 Jamadilakhir 1447 | 29 November 2025
IMG_1673.jpeg
Khamis, 6 Rabiulakhir 1447 | 27 November 2025Dalam usaha menyemarakkan minat generasi muda dalam bidang penulisan kreatif dan bukan kreatif, Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Karangan Majalah Naindung, Mekar dan Juara Pelajar DBP 2025.Hadir selaku Tetamu Kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Yang Berhormat Dayang Hajah Safiah binti Sheikh Haji Abd. Salam, Ahli Majlis Mesyuarat Negara.
e0f0012b-4f31-449a-9233-43374dd98007.jpeg
Selasa – Khamis, 4 – 6 Jamadilakhir 1447 | 25 – 27 November 2025 Pameran dan Jualan Buku Terbitan DBP sempena Hari Buku Sedunia 2025 di Pusat Tingkatan Enam Meragang.Dapatkan potongan harga buku sehingga 20% sepanjang jualan ini berlangsung. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP di talian +673 7293570.
6e803a05-077e-4c64-921a-9346057b34f9.jpeg
Selasa, 4 Jamadilakhir 1447 | 25 November 2025 Pameran dan Jualan Buku Terbitan DBP sempena The 13th East Asia Security Outlook Seminar (EASO) anjuran Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kementerian Pertahanan di Dewan Indera Samudera, The Empire Brunei. Hadir menyaksikan pameran tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Tetamu Kehormat majlis berkenaan.
Buku Baru PBB2025.jpeg
Dapatkan di KEDAI BUKU DBP, Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas semasa waktu pejabat. Pelanggan juga boleh menempah buku melalui WhatsApp di talian 7293570.
Dasar Privasi | Disclaimer | Terms of Use
Copyright 2018 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hak Cipta Terpelihara.
AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) / アドレス: モード: デフォルト 音声ブラウザ ルビ付き 配色反転 文字拡大 モバイル