Pada 9 Oktober, obor bagi Sukan Kebangsaan ke-15 serta Sukan Orang Kurang Upaya ke-12 dan Olimpik Khas ke-9 China dinyalakan dalam upacara pertama di dunia yang menggunakan "api sumber" dari dasar laut dalam.
Majlis diadakan di daerah Nansha, provinsi Guangdong, di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau, tuan rumah temasya tersebut.
"Api sumber" itu dinyalakan di lokasi pada kedalaman lebih 1,500 meter di perairan utara Laut China Selatan pada 18 September.
Dengan menggunakan kenderaan kawalan jarak jauh (ROV) Haima, pasukan penyelidikan China memungut ais mudah bakar (hidrat gas asli) yang kemudiannya dinyahmampatkan untuk melepaskan metana. Seterusnya, kuasa elektrik yang dijana oleh panel suria yang dipasang pada sebuah kapal penyelidikan disalurkan ke dasar laut dalam untuk membakar gas berkenaan, lalu menyalakan "api sumber". Api itu akhirnya dipindahkan oleh kru selepas dibawa balik ke dek kapal.
Haima, unit ROV kelas 4,500 meter yang diturunkan dari kapal penyelidikan "Marine Geology No. 2", kunci bagi operasi ini.