Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-80 Parti Pekerja Korea (WPK) dan melakukan lawatan muhibah rasmi ke Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) bermula 9 hingga 11 Oktober.
Jurucakap Kementerian Luar mengumumkan bahawa PM Li yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) akan mengetuai delegasi parti dan kerajaan ke DPRK.