Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>China-Dunia

Pesta Antarabangsa Wuqiao China ke-20 Buka Tirai di ‘Kampung Halaman Akrobatik’

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 September 2025
Pesta Antarabangsa Wuqiao China ke-20 Buka Tirai di ‘Kampung Halaman Akrobatik’
Ahli akrobat Rusia membuat persembahan pada upacara pembukaan Pesta Sarkas Antarabangsa Wuqiao China yang ke-20 di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China pada 28 September 2025. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)

Pada Ahad, Pesta Sarkas Antarabangsa Wuqiao China yang ke-20 membuka tirainya di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China. Untuk rekod, ia merupakan kali pertama aktiviti utama acara itu diadakan di tempat yang digelar sebagai ‘kampung halaman akrobatik’ China.

Difahamkan, pesta itu menghimpunkan 28 peserta dari 19 negara dan wilayah, dengan kesemuanya bersaing untuk tiga anugerah Singa Emas, lima anugerah Singa Perak, dan tujuh anugerah Singa Gangsa.

Upacara penutup dijadualkan untuk berlangsung pada 3 Oktober, dengan acara bertema akan berterusan sehingga 8 Oktober.

Dianjurkan buat julung-julung kalinya pada 1987 dan dipentaskan pada setiap dua tahun, pesta tersebut merupakan acara akrobatik yang paling berpengaruh dan terbesar di China, selain turut merupakan salah satu pesta kebudayaan dan pertandingan seni antarabangsa yang penting di China.

Selain itu, ia turut diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga pertandingan akrobatik utama dunia – di samping Pesta Sarkas Antarabangsa Monte Carlo di Monaco dan Pesta Sarkas Dunia Hari Esok di Paris.

Ahli akrobat Rusia membuat persembahan pada upacara pembukaan Pesta Sarkas Antarabangsa Wuqiao China yang ke-20 di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China pada 28 September 2025. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)
Pelancong asing melawat pameran warisan budaya tidak ketara ketika berlangsungnya Pesta Sarkas Antarabangsa Wuqiao China yang ke-20 di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China pada 28 September 2025. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)
Foto menunjukkan Dunia Akrobatik Wuyiao di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China. (People’s Daily Online/Wang Yucheng)
Foto memperlihatkan Teater Jianghu di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei di utara China. (People’s Daily Online/Wang Yucheng)
Foto satu pameran di Muzium Akrobatik Wuqiao di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei, utara China. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)
Foto satu menunjukkan barang-barang di pameran di Muzium Akrobatik Wuqiao di kaunti Wuqiao, Provinsi Hebei, utara China. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)
Ahli seni akrobat berlatih sebelum upacara pembukaan Pesta Sarkas Antarangsa Wuqiao ke-20 di Provinsi Hebei pada 28 September. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)
Ahli seni akrobat berlatih sebelum upacara pembukaan Pesta Sarkas Antarabangsa Wuqiao ke-20 di Provinsi Hebei pada 29 September. (People’s Daily Online/Wang Yuheng)

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /