Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>China-ASEAN

Guangxi Tubuh Dana Pelaburan Industri AI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 26 September 2025

Jabatan kewangan wilayah autonomi Zhuang Guangxi pada 23 September mengumumkan penubuhan sebuah dana pelaburan industri kecerdasan buatan dengan jumlah modal 10 bilion yuan. Sasarannya adalah untuk mendorong integrasi mendalam AI dengan ekonomi sebenar, sambil memperkasakan perkembangan pelbagai industri.

Pembangunan daya produktiviti berkualiti baru fokus utama jabatan tersebut, yang akan menumpukan penyaluran dana terhadap bidang-bidang seperti kecerdasan buatan, ekonomi digital, ekonomi altitud rendah, penderiaan jarak jauh Beidou, cip AI serta platform-platform pembangunan aplikasi model berskala besar.

Difahamkan, dana itu beroperasi menggunakan model dwienjin "subdana + pelaburan langsung", dengan sekurang-kurangnya 80% modal diperuntukkan terhadap projek subdana dan tidak lebih 20% untuk pelaburan langsung dalam projek-projek perusahaan inovatif. Ini dipercayai akan merancakkan kemajuan teknologi, pengkomersialan hasil penyelidikan dan pelaksanaan aplikasi praktikal, justeru membantu Guangxi membina sebuah hab kerjasama AI dengan ASEAN.

Sebagai insentif, projek-projek yang pulangan pelaburannya tinggi akan menerima sehingga 100% pulangan berlebihan.

Seterusnya, jabatan kewangan Guangxi akan bekerjasama dengan badan-badan lain yang berkenaan untuk memacu penubuhan kluster dana AI agar menyokong inovasi teknologi seiring perkembangan industri AI.

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /