Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>China-ASEAN

Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI China-ASEAN Dirasmikan

(CRI)Jumaat 19 September 2025

Pusat Kerjasama Pengaplikasian Kecerdasan Buatan (AI) dirasmikan sempena Mesyuarat Meja Bulat Menteri China-ASEAN Dalam Kecerdasan Buatan 2025 di sini, pada Khamis.

Pusat yang terletak di wilayah Guangxi ini akan mempromosikan kerjasama AI antara China dengan negara ASEAN, supaya membolehkan pelbagai negara menikmati manfaat pembangunan teknologi AI, sekali gus mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.

Menurut pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China (NDRC), Pusat Kerjasama Pengaplikasian AI adalah hasil penting kerjasama China dan ASEAN dalam sektor AI.

Beliau berkata, China dan ASEAN akan mempergiat penyelasaran pembekalan dan permintaan dalam AI, berkongsian sumber dan meningkatkan pembangunan kemampuan, selain mempromosikan projek kerjasama berkenaan dilaksanakan secara berkesan.

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /