Laman utama Politik Bisnes Teknologi Kebudayaan Pelancongan Komentar
Laman utama>>Politik

Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 25 Ogos 2025

Tahun ini menandakan genap 20 tahun sejak lahirnya konsep bahawa "air yang jernih dan gunung yang hijau adalah ibarat gunung emas dan perak", yang membimbing pembangunan lestari China.

Air yang jernih dan gunung yang hijau bagaikan gunung emas dan perak, begitu juga laut yang biru dan pantai yang bersih. Ia bukan sahaja merupakan khazanah ekologi yang menyokong kehidupan, malah menjadi sumber kekayaan ekonomi. Melindungi alam sekitar bererti melindungi "khazanah semula jadi", manakala memanfaatkannya dengan bijak dapat mengaktifkan "kekayaan hijau."

Setibanya di kampung Aojiao di Pulau Dongshan, pengunjung disambut oleh bayu laut yang masin. Bot-bot nelayan berbaris rapi di pelabuhan, menunggu isyarat untuk belayar. Di dermaga berdekatan, pelancong dari pelbagai tempat berhenti seketika untuk bergambar, sementara restoran makanan laut di kampung turut mula beroperasi, bersedia menyambut tetamu dari jauh.

Terletak di sudut tenggara Pulau Dongshan di bandar Zhangzhou, provinsi Fujian, kampung Aojiao dikelilingi oleh laut di tiga sisi, dirangkul oleh perairan biru yang tenang. Bergantung kepada laut untuk mencari rezeki, terlahirnya kampung Aojiao adalah disebabkan laut, dan juga makmur atas sebab yang sama. Khususnya selepas Kongres Rakyat Kebangsaan PKC ke-18, kampung itu telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan pantainya dengan membangunkan lima industri utama iaitu perikanan marin, akuakultur, pemprosesan makanan laut, e-dagang dan pelancongan luar bandar.

Perkampungan nelayan yang dahulunya kecil ini telah menempa laluan baharu, iaitu apabila "keindahan ekologi" dan "kemakmuran rakyat" berjalan seiring, sekali gus membuktikan bahawa "laut yang biru dan pantai yang bersih juga ibarat gunung emas dan perak."

Video

Berita Berkaitan

Bahasa

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /