Multidimensi, futuristik, hotpot pedas, pemandangan malam bergemerlapan... tidak cukup kata untuk menggambarkan bandar Chongqing. Metropolis di barat daya China yang dihuni oleh lebih 30 juta orang ini tidak akan sekali-kali mengecewakan pengunjung sama ada dari dalam atau luar negeri, dengan landsk
Penduduk Merata China Nikmati Awal Musim Panas
Sebagai langkah untuk menggalakkan lagi pelancong untuk berbelanja, China memperkenal satu siri langkah baharu untuk mengoptimumkan dasar pemulangan cukai bagi menambah baik pengalaman membeli-belah buat pelancong asing.
Elemen seperti sungai kristal, hutan buluh nan subur dan ketenangan kehidupan kampung merupakan semua ramuan yang menjadikan Sanwan sebagai tempat percutian luar bandar yang menambat hati pelancong.
Mempunyai 99 gunung berapi aktif dan mati, Tengchong kaya dengan sumber-sumber geoterma. Dalam kalangan penduduk tempatan, persekitaran di Tengchong dikenali sebagai ‘separa air separa api’, iaitu satu ciri yang menjadi tarikan untuk membangunkan pelancongan.
Orang Ramai Tidak Lepaskan Peluang Nikmati Musim Bunga di Xi’an
Sawah padi berteres di kaunti Honghe, Kawasan Autonomi Yi dan Hani Honghe di Provinsi Yunnan, barat daya China yang dipenuhi air telah menghasilkan landskap seakan-akan cermin yang memantulkan pemandangan langit biru, awan dan gunung-ganang hijau di sekitar.
Pakar-pakar dan agensi pelancongan optimistik terhadap prestasi pasaran pelancongan di China semasa cuti panjang sempena Hari Buruh tidak lama lagi, dengan kedua-dua pelancongan domestik dan keluar dijangka meledak pada tempoh itu, lapor agensi berita China Daily.
Dengan suhu musim bunga yang kian meningkat, permukaan beku Tasik Ulungur di kaunti Fuhai, kawasan Altay, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China kini mula mencair, sekali gus menghasilkan pemandangan rekahan ais yang cukup menakjubkan.
Terletak di pekan Gubei, Kaunti Jinzhai, Provinsi Anhui, di timur China, pemandangan indah pokok-pokok teh berteres yang dihembus tiupan angin di cenuram Kebun Teh Liupu telah menarik kedatangan ramai pengunjung yang hadir untuk memetik daun teh, serta menikmati keindahan panorama di situ.
Di sebuah kedai serbaneka di Guangzhou, selatan China, seorang pelancong dari Singapura, Lee telah membeli teh Cina premium buat sahabat dan ahli keluarganya – dan kemudian terus keluar dari premis itu dengan mendapat pemulangan cukai daripada kedai sama.
Kehadiran musim bunga di serata China dilihat telah menonjolkan dinamika sektor pelancongan dan kebudayaan. Daripada menikmati keindahan bunga dan kulinari musim bunga kepada memanjat gunung, berbasikal dan berkhemah di luar, data pasaran yang rancak serta trend kepenggunaan menunjukkan terdapat led
China mengekalkan kedudukan sebagai negara peneraju dalam Taman Geologi Global terbanyak di dunia, dengan dua lagi tapak telah disenaraikan dalam Taman Geologi Global oleh UNESCO, lapor agensi berita China Daily.
Di tengah-tengah landskap lautan bunga sesawi yang keemas-emasan di bahagian luar bandar, terdapat satu karavan yang parkir di tepi jalan, menarik kehadiran pelancong dari jauh dan dekat dengan gabungan aroma kopi dan bunga.
Sempena ketibaan pesta air, para pelancong di sebuah taman kebudayaan di Kawasan Autonomi Dai Xishuangbanna di Provinsi Yunnan, barat daya China telah dirakam seronok bermain air pada 7 April 2025.
Mekarnya bunga pear tahun ini, menyambut ketibaan pengunjung ke kota berusia seribu tahun. Terletak di lokasi paling utara provinsi Anhui di sempadan dengan Jiangsu, Shandong dan Henan, kaunti Dangshan diberikan julukan "Ibu Kota Pear Dunia".
Mutakhir ini, dengan suhu yang semakin meningkat, sekitar 3 juta bunga tulip telah berkembang mekar di Kawasan Pemandangan Ngarai Besar Baoquan di Xinxiang, Provinsi Henan, tengah China.
Pesta Qingming, juga dikenali sebagai Ceng Beng atau Hari Menyapu Kubur, jatuhnya pada 4 April tahun ini. Sebuah pesta tradisional Cina, Qingming adalah hari untuk memberikan penghormatan kepada orang yang sudah tiada dan juga memuja nenek moyang. Cuti umum ini turut memberikan kesempatan kepada rak
Baru-baru ini, hampir 120,000 pokok ceri telah berkembang mekar di sepanjang Sungai Kuning di Xingyang, bandar bertaraf kaunti di Zhengzhou, Provinsi Henan, sekali gus mengubah Kebun Bunga Sakura Gubaidu menjadi lautan berbunga berwarna merah jambu dan putih.
Rizab Alam Semula Jadi Kebangsaan Rusa Jepun Taohongling di kaunti Pengze, Provinsi Jiangxi di timur China telah menyaksikan pertambahan populasi rusa jepun susulan daripada usaha pemuliharaan oleh pihak rizab dan penduduk tempatan.
AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) / アドレス: モード: デフォルト 音声ブラウザ ルビ付き 配色反転 文字拡大 モバイル