Bernard Giluk Dompok

aus Wikipedia, der freien Enzyklopädie
Dies ist eine alte Version dieser Seite, zuletzt bearbeitet am 6. März 2008 um 16:35 Uhr durch Edmundwoods (Diskussion | Beiträge) (Kerjaya ). Sie kann sich erheblich von der aktuellen Version unterscheiden.
Zur Navigation springen Zur Suche springen
Datei:BernardGilukDompok.jpg
Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok

Tan Sri Dato Bernard Giluk Dompok (Born in 7 October 1949) is a Minister in Prime Minister Department of Malaysia and the President of UPKO.

Early life

Beliau telah dilahirkan di Penampang, Sabah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang, dan Sekolah Menengah La Salle, Tanjung Aru. Beliau kemudian mendapat ijazah Bsc FISM daripada University of East London, United Kingdom pada tahun 1978.

Career

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurunilai di Jabatan Ukur Tanah dan Ukur Sabah pada tahun 1978. Beliau kemudian meninggalkan sektor awam dan bertugas di Jurunilai Sabah selama lima tahun sejak 1980 hingga 1985.

Y.B. Tan Sri turut aktif melibatkan diri dalam pelbagai organisasi. Beliau kini adalah Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan ahli kepada International Parliamentarian Against Genocide in Bosnia Herzegovina. Beliau juga merupakan bekas Presiden Penampang Jaycees dan bekas Presiden Institut Kemajuan Ekonomi Anak Negeri Sabah.

Politik

Y.B. Tan Sri merupakan Presiden United Pasokmomogun Kadazan Dusun Murut Organisation (UPKO) sejak 1994 sehingga kini.

Beliau mula menyertai pilihan raya umum pada tahun 1986 dan memenangi kerusi DUN Moyog ketika itu beliau dalam Parti Bersatu Sabah ( PBS )dan dilantik sebagai Menteri Kewangan Sabah. Pada tahun yang sama beliau memenangi Parlimen Penampang buat kali pertama.Pada tahun 1990, beliau memenangi semula kedua-dua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum sebelumnya

Beliau telah memperolehi kemenangan dalam beberapa pilihanraya umum berikutnya dan pernah dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Menteri Perlancongan dan Persekitaran Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan kemuncaknya sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1998. Selain itu, diperingkat Persekutuan, beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11,beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Ranau dalam pertandingan empat penjuru. Beliau berjaya memenangi dengan majoriti 1387 undi.Beliau memperolehi 7547 undi berbanding lawan-lawannya Ruhimin Adzim@ Ruhimin Ajim (BEBAS) 6160 undi,Karim Adam (BEBAS) 3310 undi, Japairil Suhaimin (BEBAS) 1609 undi.

Keluarga

YB. Tan Sri telah mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Puan Sri Diana Alip Dompok dan mempunyai lima orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf dan seorang yang suka membaca.

Rujukan

Kategori:Ahli politik Malaysia

Abgerufen von „https://de.wikipedia.org/w/index.php?title=Bernard_Giluk_Dompok&oldid=103242424"