Jumlah import dan eksport antara China dengan negara anggota lain Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) mencecah 2.11 trilion yuan (RM1.24 trilion) bagi tujuh bulan pertama 2025, menokok 3 peratus dari tahun ke tahun.
Menurut Pentadbiran Am Kastam China (GACC), skala import dan eksport antara China dengan negara-negara berkenaan telah meningkat lebih 30 kali ganda kepada 3.65 trilion yuan (RM2.14 trilion) pada 2024 berbanding 100 bilion yuan (RM58.8 bilion) yang direkod pada awal penubuhan SCO.