Konsep tukar beli antara cara terbaru untuk merangsang penggunaan, melihat kepada strategi Guangxi yang menjadikan tukar beli atau trade-in salah satu tarikan pesta e-dagang sempena Tahun Baharu 2025 ini.
Pada malam 31 Disember, Guangxi merasmikan Pesta E-dagang Malam Tahun Baharu Jalan Sutera Baharu di bandar Nanning, serentak dengan pembukaan Pasar Barangan Tahun Baharu (Guangxi) China-ASEAN.
Di tapak acara, tersedia sebuah zon tukar beli yang menjadi tempat sehenti untuk mempromosikan jenama-jenama terkenal menerusi aktiviti bersifat immersive, menarik minat warga tempatan dan pelancong untuk membuat pertanyaan dan mengatur pembelian.
Dimaklumkan, dari hujung November hingga 31 Disember 2024, Guangxi telah melancarkan lebih 200 aktiviti penggunaan musim sejuk. Dengan sokongan dasar berkaitan transaksi tukar beli, pasaran pengguna di Guangxi bertambah rancak. Setakat ini, bilangan orang yang terlibat dalam kegiatan tukar beli barangan lama di Guangxi telah melebihi 4.09 juta secara kumulatifnya. Keseluruhan jualan produk berkenaan pula melebihi 26.2 bilion yuan.