Upacara perasmian perkampungan Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-31 berlangsung di Chengdu pagi tadi, serentak dengan majlis sambutan kontinjen China yang menyertai temasya sukan tersebut.
Dijadual berlangsung dari 28 Julai hingga 8 Ogos, temasya itu merangkumi 269 acara pertandingan daripada 18 kategori sukan.
Beberapa acara interaksi termasuk Persidangan Akademik Sedunia Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU) akan turut diadakan sempena Universiade edisi kali ini.