Jump to content
Wikimedia Meta-Wiki

Grants:MSIG/Approach/ms

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This page is a translated version of the page Grants:MSIG/Approach and the translation is 100% complete.
The MSIG grant is undergoing updates to its approach and management. To enhance the impact of Movement Strategy, these funds will be focused on specific strategic initiatives related to Movement structures such as Hubs. While the Wikimedia Foundation teams work on these changes, we will not be accepting new applications until further notice. If you are interested in applying for a different grant, please visit the Wikimedia Foundation Grants page to learn more. Please reach out to the Community Development team at strategy2030(_AT_)wikimedia.org if you have specific questions about MSIG.

Geran Pelaksanaan Strategi Pergerakan (2021-22) mempunyai tiga langkah utama. Langkah-langkah ini membantu semua untuk tumpuan pada tujuan utama melaksanakan Strategi Pergerakan sebelum 2030. Langkah ini ditujukan untuk meningkatkan kerja sama dan menghimpun maklum balas yang dapat digunakan dalam proses permohonan geran.

Langkah 1 - Mengenal inisiatif yang ingin dilaksanakan oleh ahli komuniti

Pada pusingan ini, geran difokuskan pada empat inisiatif yang diutamakan:

Walaupun inisiatif di atas telah diidentifikasi, Anda dapat mengemukakan permohonan mengenai inisiatif yang lain. Jika terdapat sekurang-kurangnya 5 proposal yang berbeza mengenai suatu inisiatif tertentu, kami akan mengutamakannya pula.

Langkah 2 - Temukan idea baru melalui penyertaan komuniti

Setiap komuniti mempunyai keutamaan dan gagasan yang berbeza-beza mengenai apa yang perlu dikerjakan selanjutnya. Kami ingin mempelajari lebih lanjut mengenai keperluan dan keutamaan Anda, dan cara menerapkannya melalui pelaksanaan Strategi Pergerakan.

Perbincangan dan perundingan mengenai gagasan tersebut dapat memakan masa beberapa lama, terutamanya untuk mengorganisirnya dan mengkoordinasikannya. Divisyen Strategi dan Tadbir Urus Pergerakan dapat membekalkan sokongan teknikal bagi komuniti dan pertubuhan bersekutu untuk membincangkan gagasan-gagasan baru yang berkait dengan inisiatif yang menjadi keutamaan.

Gagasan yang telah melalui proses penyertaan komuniti dapat menjadi dasar inisiatif dan proposal baru yang akan diutamakan.

Jika Anda mempunyai suatu gagasan, harap periksa terlebih dahulu perbincangan yang mungkin sedang berlangsung tentang gagasan tersebut sebelum memulakan perbincangan baru.

Langkah 3 - Mengembangkan rancangan pelaksanaan inisiatif

Kami akan menghimpun sukarelawan dan pertubuhan bersekutu yang tertarik untuk mengembangkan sebuah rancangan untuk melaksanakan inisiatif keutamaan dan gagasan lain yang berkembang. Kami juga akan menciptakan contoh-contoh yang dapat Anda gunakan sebelum mengemukakan rancangan Anda.

Senarai gagasan yang terkumpul setakat ini.

Jika Anda tertarik untuk melaksanakan sesuatu inisiatif yang tidak menjadi keutamaan pada suku tertentu, Anda dapat bekerja sama dengan pertubuhan bersekutu dan sukarelawan. Jika telah terdapat 5 orang pemohon geran yang tertarik, kami akan mengutamakan inisiatif tersebut dan mengembangkan contoh yang dapat membantu permohonan Anda.

AltStyle によって変換されたページ (->オリジナル) /