Selasa, November 22, 2016
BERSIARAN LANGSUNG DI SCOREBOARD (TV9).
BERSIARAN
LANGSUNG DI SCOREBOARD (TV9).
22hb
November 2016 (Selasa): Alhamdulillah, terima kasih, Bro Tabah Sazwan dan kru
Scoreboard TV9, atas peluang. Juga hadir, Coach Khalid Ali dan Bro Mohd Syazwan Bajuri (Admin
Retro Bola Sepak - RBS).
Semoga
sakti dan maju jaya; buat pasukan Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala AFF
Suzuki 2016. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita.
Padu
& Grande; selamanya!
SYED AZMI DI SEKRETARIAT ABIM, GOMBAK.
Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
SYED
AZMI DI SEKRETARIAT ABIM, GOMBAK.
21hb
November 2016 (Isnin): “Islam itu terlampau cantik. Sebab itu kita tidak boleh
henti buat kerja baik. Maka, orang Islam kena tunjuk akhlak yang baik. Kita
ni tak sempurna, dan takkan sempurna. Jangan malu mengaku salah. Makin
lama kita buat kerja baik; makin kita segan nak lakukan perkara yang tidak
baik.”
Antara
perkongsian Saudara Syed Azmi Alhabshi, aktivis kemanusiaan dalam sesi Iltizam
Staff di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak. Beliau turut mengupas
berkenaan aktivisme NGO dan NGI serta trend terkini dalam kerja-kerja
kesukarelaan serta sosial.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
Dan, kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232
----------------------------------
USRAH GABUNGAN WADAH-ABIM-PKPIM.
Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
USRAH
GABUNGAN WADAH-ABIM-PKPIM.
15hb
November 2016 (Selasa): Alhamdulillah, bertempat di Anjung Rahmat (Pusat Dakwah
dan Tarbiyah WADAH), Usrah Gabungan WADAH-ABIM-PKPIM telah dijalankan, di mana
ketiga-tiga Presiden badan gabungan ini memberikan perkongsian.
Tuan
Haji Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden WADAH), Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
(Presiden ABIM) serta Saudara Khir Sujud (Presiden PKPIM) tampil membuat
perkongsian kepada para aktivis serta pimpinan WAP.
Pertemuan
penuh bermakna ini menjadi medan mempertaut ukhuwah, berkongsi pendapat dan
mendapatkan ilmu yang sangat berharga daripada para senior serta generasi
penerus kelangsungan perjuangan – dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
Dan, kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232
----------------------------------
PIMPINAN PARLIMEN BELIA UNITED KINGDOM KUNJUNGI PEJABAT ABIM DI KUALA LUMPUR.
Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN
PARLIMEN BELIA UNITED KINGDOM KUNJUNGI PEJABAT ABIM DI KUALA LUMPUR.
17hb
November 2016 (Khamis): Alhamdulillah, hari ini Sekretariat ABIM Pusat menerima
kunjungan delegasi pemimpin muda United Kingdom, di mana ada dalam kalangan
mereka ini merupakan Ahli Parlimen Belia di sana. Turut hadir, wakil daripada
Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia.
Kedua-dua
pihak mengadakan perkongsian pandangan berkenaan gerak kerja serta isu-isu
semasa yang membelenggu masyarakat hari ini dan masa depan. Pendidikan dan
dialog menjadi antara kaedah terbaik untuk menangani isu ekstremisme, Islamophobia
serta salah-faham terhadap sesuatu agama.
Di
pihak ABIM, kita mengangkat agenda ‘Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan’ yang
memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan
cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan
negara.Isu-isu kontroversi dilihat menerusi sudut berbeza, daripada mencari
perbezaan dan bertelagah, kita mencari alasan untuk bersatu.
Dalam konteks Islamophobia dan ekstremisme pula, ABIM mempunyai ‘task force Countering Violent Extremism’, yang berusaha menentang unsur ekstrimis dan pemahaman radikal yang semakin menular di negara ini.

Menerusi
agensi-agensi kemanusiannya, ABIM terus konsisten menyediakan alternatif
sebagai platform untuk mengelakkan belia daripada terlibat dengan ekstremisme.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: http://www.abim.org.my/sekretariat/daftar-keahlian-online.html
Dan, kenali ABIM di sini: https://www.facebook.com/notes/angkatan-belia-islam-malaysia-muslim-youth-movement-of-malaysia-abim/imbauan-sejarah-ringkas-angkatan-belia-islam-malaysia-abim/1293147514031232
----------------------------------
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...