Isnin, Oktober 12, 2020
Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.
Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.
Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dan mencari. Ramai dah ada dalam koleksi, saya baru ada rezeki memiliki.
Terima kasih buat dua Lejen Jersi Ganu dan Waghih (Abe King Kheiriel dan Abe Yuri Yusoff) yang sudi merealisasikan impian ambe. Jersi idaman hati ni. Jasa kalian saya kenang sampai hujung nyawa.
Misi seterusnya, home 1994 Selangor. Pelan-pelan kayuh...
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya.
#MKLK #VivaSelangor
Isnin, Ogos 24, 2020
Siri Dialog Perpaduan Universiti Malaya (UM)
Salam. Semua dijemput hadir ke:
Program - Siri Dialog Perpaduan Universiti Malaya (UM)
Tarikh: 27 Ogos 2020, Khamis
Lokasi: Galeri Seni, Aras 5, Bangunan Canseleri UM
Semua dijemput hadir! :)
#ABIMdiHatiku
Rabu, Jun 17, 2020
Buat Pemain Bola Malaysia: Berkelana lah, Mengembara lah!
Sudah
tentu ranking semasa sesebuah negara menjadi cabaran utama untuk setiap pemain
berkelana di liga luar.
Namun,
pendedahan dan pengalaman itulah yang akan membentuk mereka jika peluang yang
ada digunakan sebaik mungkin.
Kita
mesti mengelakkan daripada mengulangi kesilapan lampau, dan membuka ruang besar
jika ada pemain yang ditawarkan untuk berkelana.
Bermusafirlah,
dan berusahalah sekeras mungkin. Gagal seseorang itu tak dikira bila kalah,
tapi dikira bila tiada keberanian untuk bertindak, tiada keinginan untuk
mencuba, serta mudah putus asa.
Ayuh,
bangkitlah dengan genggaman iltizam baru. Kesungguhan dan disiplin jadi azimat
utama.
#Padu
#Grande
#RetroBolaSepak
Rabu, April 29, 2020
ARU THE SPIDERMAN: LEGENDA YANG MEKAR DALAM KENANGAN.
ARU
THE SPIDERMAN: LEGENDA YANG MEKAR DALAM KENANGAN.
Datuk R.
Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola
sepak legenda yang berasal dari Selangor. Beliau juga dikenali sebagai ‘Spiderman’
kerana tangannya yang panjang dan kebolehannya menangkap cantik
percubaan-percubaan pasukan lawan.
Beliau
telah dilahirkan pada 31 Januari 1953 di Pelabuhan Klang.
Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat muda.
Beliau memulakan penampilannya dengan pasukan Selangor FA apabila
berusia 18 tahun di dalam pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971.
Beliau
mewakili Selangor FA dalam pertandingan Piala Malaysia dari
tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala
Malaysia sebanyak lapan kali.
R.
Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan
Malaysia dalam tahun 1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea
Selatan.
Semasa
zamannya bersama pasukan kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola
Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976, dan 1979. Beliau
juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan
1985 di dalam Sukan SEA.
Kejayaan
terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan
Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysia melayakkan
diri ke Sukan Olimpik Moscow 1980 tetapi Malaysia telah
membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpik berkenaan.
R.
Arumugam telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat
kelas A) bagi Malaysia semasa zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973
apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa pada tahun 1986. Sasaran
asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.
Kehebatannya
menarik perhatian Kelab Bola Sepak Seiko, Hong Kong pada 1973 dan Young Boys of
Berne, Switzerland, pada tahun 1981, namun menolaknya tawaran menjadi pemain
profesional atas alasan tertentu.
Arumugam
telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam
tahun 1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai
sebahagian daripada sumbangan peribadi kepada remaja-remaja di kawasan
perumahannya.
Beliau
telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling
Jaya pada 18 Disember 1988. Arumugam meninggal dunia di tempat kejadian
pada usia 35 tahun selepas kereta Ford Telstar TX5 dipandunya hilang kawalan
dan terbalik.
Beliau
telah meninggalkan seorang isteri, Datin Maria Selvi serta dua anak perempuan
iaitu Subha dan Rubha.
Sebagai
pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak
Selangor dan Public Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan
satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari, 1989.
Pada
2018, pihak Majlis Perbandaran Klang mengumumkan untuk menukar nama Padang
Pekeliling dan Jalan Pekeliling di kawasan Pelabuhan Klang kepada Stadium Mini
Datuk R. Arumugam dan Jalan Datuk R. Arumugam.
‘Spiderman’
akan terus dikenang sebagai antara legenda yang membantu Malaysia meraih pingat
gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran, Iran serta membantu Malaysia layak ke
Olimpik Moscow 1980.
#Padu
#Grande
#RetroBolaSepak
Langgan:
Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Allahyarhamhu Pak Jamal Kerdil dan Nostalgia Mini Parlimen. Beruntung kanak-kanak yang pernah menjadi ‘Ahli ...
-
Jersi Putih Selangor, 1997-98. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada...