Jumaat, Mei 25, 2018
PILIHAN RAYA; PILIHAN SAYA.
PILIHAN
RAYA; PILIHAN SAYA.
Dalam
PRU, kekal atau ubah, akhirnya idea utama adalah untuk mewujudkan suasana
pentadbiran yang telus dengan tatakelola yang baik. Sebagaimana sebeleum ini di
Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak, rakyat sendiri
dapat membuat penilaian serta perbandingan terhadap prestasi kerajaan negeri
yang memerintah ketika itu.
Air
percuma, BR1M, pemansuhan tol, cuti 16 September adalah antara contoh kecil
bagaimana undi kita memberi impak kepada dasar sesebuah kerajaan negeri dan
pusat.
Parti
yang sedang atau telah kalah, akan cuba memberi serta menjanjikan yang lebih
baik berbanding kerajaan sedia ada. Selain menjadi penyemak dan pengimbang yang
baik, kemunculan kerajaan dan pembangkang yang berkualiti akan melahirkan
kepemimpinan yang berwibawa.
--------------------------------------------------
Parti
politik bukanlah akidah. Kita raikanlah demokrasi, selain kesederhanaan dan
keadilan dalam beragama serta kehidupan. Jauhi politik ekstrem seperti
kafir-mengkafiri serta ketaksuban melampau.
Sebab
itu dalam berpolitik, kita jangan sampai putus saudara. Demikianlah, tiada
kawan dan musuh yang kekal dalam politik. Hari ini dia dipuja, esok lusa
mungkin dihina. Hari ini dia musuh kita, boleh jadi akan datang menjadi sahabat
paling ikrab dengan jiwa.
--------------------------------------------------
Akhirnya,
yang kekal hanyalah iltizam untuk menang dan merasai perubahan; atau keselesaan
untuk kekal pada keadaan sedia ada. PRU adalah pesta meraikan demokrasi, bukan
permusuhan abadi. Buka minda; rangkul keharmonian. Sebarkan salam.
10HB MEI 2018.
10HB
MEI 2018.
Fajar
baru untuk Malaysia akan menjelma. Moga Kerajaan baharu kelak akan berlaku adil
kepada semua rakyat Malaysia; tanpa mengira baju politik mereka. Masa berkempen
telah tamat. Kini masa untuk bina semula negara dan maruah bangsa setanah air.
Hari
baru, untuk sebuah Malaysia baru. Kini bukan lagi soal bila mimpi akan jadi
nyata. Tapi, bagaimana untuk mengurus perubahan; serta menunaikan segala janji
dan harapan.
-----------------------------------------------------
Selepas
kalah dalam pilihan raya lah, para politikus akan mengenali siapa yang
sebenarnya ikhlas bersama mereka.
Kawan-kawan
akan menjauhkan diri, tapi sahabat sejati akan setia bersama.
Bagi
yang menang, sang oportunis akan tiba-tiba muncul entah dari mana, bagai semut
mengejar gula.
Berwaspadalah.
Jawatan dan pangkat adalah amanah besar yang bersifat tidak kekal.
-----------------------------------------------------
Majoriti
rakyat menolak UMNO-BN bukan sangat kerana kebobrokan parti tersebut, tetapi
kerana kejelikan budaya serta sikap sesetengah pemimpinnya.
Ada
yang terlalu angkuh, ada yang gagal menyelami denyut nadi rakyat.
Budaya
dan sikap ini boleh saja bercambah dalam kalangan pemimpin parti lain. Baju dan
logonya saja yang berbeza.
Berwaspadalah.
Rakyat sedang giat memerhati. Selamat berjuang, dan selamat menghormati
kuasa suara rakyat -- undi.
-----------------------------------------------------
Akhirnya,
kita sendiri perlu bertanya kepada diri kita -- adakah kita okay dengan
tindakan melompat parti selepas pilihan raya, atau sebaliknya?
Sang
oportunis sedang menyelinap; dari segenap pintu dan tingkap.
-----------------------------------------------------
Secara
tiba-tiba, muncul entah dari mana -- para pengkritik jadi-jadian DS Najib dan
kepimpinan UMNO-BN, sedang dulu kalian lah yang paling tegar mengipas dan
membodek. Demi jawatan, demi pangkat.
Laksana
enau dalam belukar -- ada gula, ada lah semut.
The Asian Renaissance.
The
Asian Renaissance.
Alhamdulillah,
rezeki menyelam buku hari ni. Jumpa koleksi idaman sejak sekian lama.
The
Asian Renaissance (1996); Asiaweek (1981); dan FEER (1983).
Terima
kasih, ALLAH.
.
MURKA.
MURKA.
Arakian,
sekonyong-konyong akhirnya kita pun sedar -- yang berdegar-degar melaung kaum
itu dan ini sebagai tidak menghormati sistem Raja Berperlembagaan kita,
Adalah
dalam kalangan kita-kita juga. Dialah juga yang melaung hidup Melayu dan Daulat
Tuanku di bibirnya, atas kepentingan pangkat dan kuasa.
Tuan-tuan,
Sungguh, sikap biadap dan korup, boleh jadi diamalkan oleh sesiapa sahaja; yang menganut agama apa sahaja.
Sungguh, sikap biadap dan korup, boleh jadi diamalkan oleh sesiapa sahaja; yang menganut agama apa sahaja.
Maka
sebagai umat Islam yang mengaku beriman, kita mesti menjauhi pemimpin serta
sifat keji sebegini.
Bersama
kita tolak pemimpin yang tidak mementingkan kebajikan rakyat serta tanah air.
Bangkit.
----------------------------------
Antara
restu, murka dan derma. Antara adab, rasional dan hikmah.
Antara
kegilaan dunia; dan takutkan mati.
Moga
TUHAN lindungi tanah air dan kehidupan kita -- daripada pemimpin yang gilakan
kuasa dan tamak haloba.
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...