Rabu, Ogos 26, 2015
Majalah Apo? untuk dijual.
Majalah
Apo? untuk dijual:
1.
Apo? Mei 2005;
2.
Apo? Jun 2013;
3.
SOLD.
Senaskah
RM20; dua naskah RM35.
Termasuk
poslaju.
Boleh
call: 019-353 1967;
Atau
whatsapp: 017-4700 254.
Terima kasih.
.
Isnin, Ogos 24, 2015
(SOLD) Jersi tribute Azman Adnan-Malaysia.
Salam. Untuk dijual:
Jersi tribute Azman Adnan-Malaysia.
Ada autograf Man Turn pada nombor 9 belakang jersi.
SOLD.
Terima kasih.
.
Jersi DIY Azman Adnan-Piala MB Selangor 1996 (SOLD).
Salam.
Untuk dijual:
Jersi
DIY Azman Adnan-Piala MB Selangor 1996.
Ada
autograf Man Turn pada nombor belakang jersi.
SOLD.
Terima
kasih.
.
Majalah untuk dijual.
Salam.
Majalah untuk dijual:
Senaskah
RM20; dua naskah RM35.
Termasuk
poslaju.
1.
Mingguan Sukan (Mei 1997);
2.
ABS cover Fadzli Shaari (Oktober 2005);
3.
ABS cover V. Saravanan (Mac 2005);
4.
SOLD;
5.
ABS cover Hardi Jaafar (Ogos 2006);
Boleh
call: 019-353 1967;
Atau
whatsapp: 017-4700 254.
Terima
kasih.
.
Majalah untuk dijual.
Salam.
Majalah untuk dijual:
Senaskah
RM20; dua naskah RM35.
Termasuk
poslaju.
1.
SOLD;
2.
ABS cover Bambang Pamungkas (November 2005);
3.
ABS cover Bambang Pamungkas (November 2005);
4.
SOLD;
5.
ABS cover John Bass (Mei 2004);
6.
ABS cover Herman (September 2004);
Boleh
call: 019-353 1967;
Atau
whatsapp: 017-4700 254.
Terima
kasih.
.
Khamis, Ogos 20, 2015
Selamat malam, Rohingya.
THE FLYING DAYAK.
THE
FLYING DAYAK.
Anak-anak
90an pasti kenal dua nama besar atlet olahraga negara ini: Watson Nyambek dan
Azmi Ibrahim. Pertembungan serta persaingan sengit dua pelari pecut berbakat
ini menjadi simbol kecemerlangan serta semangat atlet olahraga negara era
tersebut.
Kedua-duanya
telah mengenali sejak 1993; sewaktu bersaing dalam acara 100m Akhir, Sukan
MSSM. Ketika itu, Azmi menjadi juara dengan catatan masa 10.70 saat; tatkala
Watson di tempat kedua.
Siapa
yang tak kenal dengan Watson Nyambek, yang pernah dinobat sebagai raja pecut
kebangsaan. Penangan yang ditinggalkan bekas atlet kelahiran Miri ini juga
cukup dirasai.
Daniel
St-Hilaire adalah antara jurulatih yang memberi bimbingan kepada atlet hebat yang
dilahirkan pada 27 Februari 1976 ini.
Digelar
‘The Flying Dayak’, legenda pecut negara yang tiada tolok bandingnya, rekod
catatannya -- 10.30 saat dalam acara pecut 100 meter masih bertahan sehingga
hari ini. Rekod tersebut dilakukan pada Julai 1998 sewaktu Sukan Komanwel di
Kuala Lumpur.
Malahan,
rekod Sukan Malaysia (Sukma), 10.33 saat yang dilakukan di Pahang pada tahun
1996 masih kekal sehingga kini.
Meskipun nama-nama seperti Nur Herman Majid, Mohd Zaki Sadri, Romzi Bakar, Hamberi Mahat, Annastasia Karen Raj, G. Shanti, G. Saravanan, Loo Kum Zee, M. Ramachandran, dan lain-lain mekar dalam acara olahraga, Watson berjaya mencipta fenomena luar biasa dalam sukan tersebut; khususnya bagi acara reben biru.
Meskipun nama-nama seperti Nur Herman Majid, Mohd Zaki Sadri, Romzi Bakar, Hamberi Mahat, Annastasia Karen Raj, G. Shanti, G. Saravanan, Loo Kum Zee, M. Ramachandran, dan lain-lain mekar dalam acara olahraga, Watson berjaya mencipta fenomena luar biasa dalam sukan tersebut; khususnya bagi acara reben biru.
Watson
pernah diberikan anugerah ketika Majlis Anugerah Ikon dan Sukan Sarawak yang
diadakan pada Januari 2011.
Antara
kejayaan lain beliau ialah pingat Gangsa, Sukan SEA Jakarta 1997; pingat Perak,
Kejohanan Trek dan Balapan Asia di Fukuoka 1998; pingat Gangsa, Sukan SEA di
Brunei 1999; selain mencatat catatan baik ketika Kejohanan Olahraga Dunia di
Athens 1997; Kejohanan Olahraga Dunia di Sevilla 1999 serta Sukan Olimpik di
Sydney pada tahun 2000.
Dan,seperti
yang selalu saya tekankan: Sesungguhnya, hargailah atlet kita -- sementara
mereka masih ada.
Jangan
hanya kenang kekurangan mereka; tapi kenang juga keringat dan pengorbanan yang
mereka curah untuk negara.
Usah
hanya hargai; bila sudah terkubur. Usah hanya membalas dengan bintang-bintang
di dada; setelah mereka tiada.
Julang
panji semangat; kobar jiwa merdeka.
Padu
& Grande; selamanya.
--
Che Din.
.
Selasa, Ogos 18, 2015
Wakil ABIM Di Sidang Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.
Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Juga mantan Presiden PKPIM.
Saudara Jufitri Bin Joha , Pengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Wakil
ABIM Di Persidangan Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.
17hb
Ogos 2015 (Isnin): Alhamdulillah, ABIM telah menghantar pimpinannya untuk menghadiri
persidangan meja bulat anjuran Global Moderate Movement (GMM) bertajuk ‘Countering Violent Extremism’.
Jemputan utama untuk sidang kali ini ialah Tuan
Yang Terutama Rashad Hussain, Duta Khas Amerika Syarikat ke OIC dan
Koordinator, ‘Strategic Counter
Terrorism Communications’.
Exco
ABIM yang juga CEO Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Saleh, menekankan
berkenaan bagaimana langkah untuk membendung keganasan telah gagal, kerana kita
tidak mempunyai pendifinisian yang jelas dan wajar berkenaan ‘keganasan’ dan ‘ekstremisme’.
Saudara
Syahrir seterusnya menyatakan bahawa kita
juga gagal untuk mengambilkira serta mengkritik aktiviti keganasan yang
dilakukan oleh – apa yang digelar sebagai – ‘legitimate power’ di beberapa buah
negara yang berada dalam kancah peperangan atau konflik kemanusiaan.
Sebaliknya,
dunia memilih untuk menghentam secara memilih – dengan hanya mengkritik
kumpulan individu atau organisasi tertentu – dan melabel mereka sebagai kumpulan
pengganas atau ekstremis.
Kekecewaan
yang dialami oleh anak muda terhadap reaksi dunia terhadap mana-mana konflik –
khususnya yang melibatkan umat Islam; adalah salah-satu faktor mengapa golongan
belia memilih untuk menentang kezaliman tersebut secara sendiri.
Keganasan
serta extremisme dalam beragama memang wujud dan tidak seharusnya dipandang
enteng. Malah, ia mendatangkan kerosakan yang lebih daripada matlamat yang cuba
mereka capai.
Walaubagaimanapun,
kita mesti sedar, apa saja tindakan berbentuk keganasan oleh seseorang individu
beragama Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang
segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Tambahan pula, Islam
memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam
dan bukan Islam.
Sungguh, jika
tindakan keganasan itu dilakukan oleh orang Islam, maka apa yang mereka lakukan adalah tindakan individu yang bertentangan dengan kehendak agama. Islam tidak membenarkan umatnya menyakiti
orang lain; apatah lagi membunuh orang lain tanpa hak. Islam itu Rahmat buat sekalian alam. Sebarkan salam.
ABU QASSIM DALAM KENANGAN.
ABU
QASSIM DALAM KENANGAN.
Salam.
Pada
17hb Ogos 2015, genaplah setahun pemergian Exco Majlis Belia Malaysia (MBM),
Allahyarhamhu Abu Qassim Nor Azmi, yang telah kembali ke Rahmatullah kerana
kemalangan jalan raya.
Mohon
jasa baik semua sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan yang
baik-baik buat beliau, yang merupakan antara pimpinan anak muda yang berjuang
menentang perlaksanaan PPSMI; bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Allahyarhamhu
pernah berkhidmat selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Setiausaha Agung
PKPIM, Ahli Parlimen Belia (Percubaan) P131 Rembau dan Ketua Biro Penerangan
ABIM.
Kepetahannya
dalam berpidato, dan keramahannya dalam berbicara; akan dikenang sampai
bila-bila. Legasi, iltizam serta semangatnya akan terus segar dalam jiwa
anak-anak muda.
Abu
telah kembali, semoga seribu Abu kan bangkit lagi. Selamat pulang, Abu. Kami
akan menyusulimu.
Allahummaghfirlahu
warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
.
Pantas, licik dan berpengaruh.
[フレーム]
Pantas,
licik dan berpengaruh.
Zinedine
Yazid Zidane.
Siapa
sangka, Zizou -- anak keturunan Berber-Algeria, kelahiran La Castellane,
Marseille ini:
Kemudiannya
menjadi ikon Perancis, Afrika Utara serta bola sepak dunia.
Vouloir,
c’est pouvoir!
.
TAHNIAH BUAT PERLIS FA – LAYAK KE LIGA PERDANA SEMULA.
TAHNIAH
BUAT PERLIS FA – LAYAK KE LIGA PERDANA SEMULA.
Siapa
sangka, pasukan yang -- pada awal musim -- tidak meletakkan sasaran untuk dapat
naik ke Liga Perdana semula kerana kekangan kewangan serta pemain yang masih muda,
berjaya mencipta kejayaan.
Antara
pihak yang memainkan peranan signifikan – selain pemain yang berusaha keras
serta penyokong yang setia; pastinya Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah, yang
berjasa.
Terkenal
sebagai seorang pemain yang berdisiplin, berkemahiran serta berpengaruh, Yusri
berjaya menerapkan taktikal serta keyakinan dalam jiwa para pemain dan
penyokong.
Tahniah
diucapkan buat skuad Singa Utara yang secara rasminya sudah layak ke Liga
Perdana pada tahun 2016; setelah tersingkir ke Liga FAM. Berbaki satu
perlawanan lagi dengan rekod tanpa kalah -- adalah pencapaian yang baik dan
menjadi rekod dalam liga FAM.
Dikhabarkan
bahawa pihak pengurusan Perlis FA sedang melakukan risikan untuk memancing
pemain import Thailand yang pernah beraksi dalam Sukan SEA.
Perjalanan
masih jauh, namun kita ucapkan selamat maju jaya buat Singa Utara – yang
kembali mengaum.
Padu
& Grande; selamanya!
.
Isnin, Ogos 17, 2015
MEHMET DURAKOVIC DAN SOCEROOS.
Kelayakan Piala Dunia 1993: Australia lawan Argentina.
Pada 31hb Oktober 1993, Australia dan Argentina seri 1-1. Kemudian,
di Buenos Aires pada 17hb November 1993, Argentina menang 1-0
ke atas Australia. Antara yang menganggotai skuad Australia ketika itu
ialah Mehmet Durakovic, yang sebelumnya menjaringkan gol
dalam perlawanan menentang Kanada.
Mehmet dan skuad Socceroos 1993.
Turut kelihatan, David Mitchell, yang kemudiannya
bermain bersama beliau dalam skuad Selangor.
Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html.
Turut kelihatan, David Mitchell, yang kemudiannya
bermain bersama beliau dalam skuad Selangor.
Sedikit tulisan berkenaan David Mitchell di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html.
.
MEHMET
DURAKOVIC DAN SOCEROOS.
Mehmet Durakovic dan rakan skuad Socceroos; yang layak ke perlawanan Play-Off
Kelayakan Piala Dunia. Ramai dalam kalangan atlet Australia terdiri daripada
keluarga imigran yang kemudiannya mengharumkan nama negara tersebut.
Mereka
berdepan cabaran Diego Armando Maradona dan pasukan Argentina yang digeruni. Mehmet
kemudiannya dipancing oleh Dato' Aini Taib, untuk menganggotai skuad Merah
Kuning; untuk projek transformasi pasukan Selangor yang tenggelam pada 1992.
Pada
1995, Mehmet bersama dua pemain veteran Australia yang pernah mencipta nama di
liga negara tersebut -- David 'Big Dave' Mitchell dan Josip Biskic untuk
menjulang Piala Malaysia.
Sementelah,
pada 1996, Mehmet bersama Mustaca Christian memperkuatkan barisan Gergasi Merah
yang memenangi piala berprestij tersebut. Pada 1997, Mehmet muncul kapten
pertama dalam kalangan pemain import untuk menjulang Piala Malaysia; selepas
mengambil alih lilitan ketua pasukan dari Ismail Ibrahim.
.
MAN TURN; MAN SCORE.
MAN
TURN; MAN SCORE.
Bagi
anak-anak 90an, menyaksikan kelibatnya di atas padang adalah sesuatu yang
mengujakan.
Para
penyokong pasukan lawan pun menghormatinya; sehingga ramai yang membandingkan
kepantasan serta kelincahan beliau dengan Allahyarhamhu SuperMokh.
Menerima
latihan keras dan diterap dengan disiplin tinggi sedari kecil oleh bapanya, Pak
Nan, Azman mula mencipta nama apabila mewakili kelab yang diberi nama daripada
gelarannya, Kotai FC.
Dari
Flat Sri Melaka, Azman mengorak langkah untuk mencipta nama bersama SM Cochrane,
Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan.
Sepertimana
rakan pemain bola sepak serta atlet lain; Azman sentiasa berusaha keras,
berlatih dan memberikan yang terbaik untuk pasukan dan penyokong.
Sesungguhnya,
hargailah atlet kita -- sementara mereka masih ada.
Jangan
hanya kenang kekurangan mereka; tapi kenang juga keringat dan pengorbanan yang
mereka curah untuk negara.
Usah
hanya hargai; bila sudah terkubur. Usah hanya membalas dengan bintang-bintang
di dada; setelah mereka tiada.
Julang
panji semangat; kobar jiwa merdeka.
Padu
& Grande; selamanya.
.
Jumaat, Ogos 14, 2015
Astaghfirullahal-‘Azim.
[フレーム]
Astaghfirullahal-‘Azim. Astaghfirullahal-‘Azim.
Astaghfirullahal-‘Azim.
“Aku memohon keampunan kepada ALLAH Yang Maha Agung”.
Damai....
Semoga ALLAH SWT kurniakan ketabahan, kesabaran, dan
keyakinan kepada kita semua.
Hasbunallah wanikmal wakil.
.
Berbalas Pantun!!!
[フレーム]
“Dari Dewan Sekolah Rendah Tamil Ulu Bertam Hilir,
Melaka...
dipersembahkan....
Berbalas Pantun!!!....”
Selamat kembali, Ujang, Aie & Co.
Padu & Grande, selamanya.
“...Tidak akan kau berperasaan gundah walau sekali, jika
kau tahu apa yang dicari....”
.
Nyanyian yang ada jiwa.
Pandangan Mendiang Frank Seator Tentang Liga-M.
[フレーム]
Promosi serta pengiklanan (pemasaran).
Itu yang ditekankan oleh Frank Jean Seator (Mendiang),
bagi meningkatkan mutu liga tempatan.
Pemain berbakat kelahiran Liberia ini pernah menyumbang
bakti untuk Perak dan Selangor.
.
Allahyarhamhu Ustaz Asri Rabbani dalam kenangan...
MAT SENTOL DAN MAT LE SAUX.
MAT
SENTOL DAN MAT LE SAUX.
Bertepatan
dengan tema 'wira yang tidak didendangkan', beberapa hari yang lepas admin RBS
berpeluang untuk 'sembang teh tarik' bersama dengan lagenda perfileman
tanahair, Abdul Rasip Yahya atau lebih dikenali sebagai Mat Sentol. Sebagaimana
P.Ramlee mewujudkan jenama 'Bujang Lapok' ke dalam setiap hati rakyat Malaysia,
Pak Mat turut mencipta jenama beliau sendiri dengan filem-filem bertemakan
'Mat' antaranya Mat Tiga Suku, Mat Karung Guni, Mat Magic serta Mat Bond.
Generasi
90an mungkin lebih mengenali beliau melalui iklan 'jajan' di kaca TV.
"Tora Datang Lagi!" Suara ikonik tersebut pasti melekat di setiap
hati kanak-kanak ketika itu. Maka dipujuklah ayah dan ibu ke kedai untuk
mendapatkan permainan terbaru dari Tora. Tetapi, sumbangan Mat Sentol lebih
dari itu. Kepada peminat filem sejati, beliau bagaikan 'Georges Méliès
Malaysia', 'Cinemagician' yang menerapkan unsur efek khas di dalam karya
beliau.
Beliau
merekacipta banyak montaj untuk 'kredit pembukaan' filem antaranya filem
Lanchang Kuning, Mata Shaitan, Mat Bond serta Naga Tasik Chini. Beliau adalah
'man of vision', selalu bereksperimen dengan kesan-kesan khas serta mencuba
pelbagai kelainan dalam setiap filem beliau. Kadangkala plot filem beliau sukar
difahami, namun jika kita mendalami filem-filem sezaman dengan filem-filem
beliau, ia adalah satu bentuk sindiran masyarakat sebagaimana filem-filem Tan
Sri P.Ramlee.
Mungkin
ramai yang tidak perasan, penampilan pertama Mat Sentol adalah sebagai penari
di dalam Filem Hang Tuah lakonan Tan Sri P.Ramlee (babak Joget Pahang kalau tak
silap). Menurut anak beliau, Kasma Booty dan AR Tompel mengesan bakat beliau
sementara P.Ramlee dianggap sebagai mentor. Lagenda melahirkan lagenda.
Alhamdulillah,
secara fizikal Pak Mat masih kuat berjalan lagi. Masih lagi 'mengeteh' di Plaza
Larkin bersama rakan-rakan. Cuma ingatannya sudah tidak macam dahulu, maklum
lah sudah berusia 82 tahun. "Sedih kalau bercakap pasal umur ni. Tua
dah", ujar Pak Mat.
Tidak
banyak yang beliau sembangkan, sebaliknya saya banyak berbual bersama Makcik
Jamilah, isteri kepada Pak Mat. Beberapa tahun dahulu, beliau pernah meluahkan
hasrat untuk kembali ke bidang pengarahan filem, tetapi dengan keadaan
kesihatan beliau sekarang, hasrat tersebut mungkin tidak akan menjadi
kenyataan.
Beliau
hanya bercerita tentang anak-anak, jiran-jiran tetangga, serta kawasan
setempat. Dalam usia selewat beliau, mungkin isu-isu politik atau hiburan tidak
lagi menjadi perhatian. Tambah-tambah lagi bila ramai rakan seperjuangan beliau
telah tiada.
Beliau
hanya termenung panjang bila admin berbicara tentang filem. Namun di sebalik
wajahnya yang serius itu, keluar juga 'punchline' sepatah dua. "Jangan
makan kuih raya banyak-banyak. Kuih raya kalau makan lepas raya boleh buat
mabuk," ujar beliau berseloroh.
"Pak
Mat takde masuk TV lagi?"
"Bukan
takde, tapi...."
Beliau
terdiam sepi, datang Makcik Jamilah mencelah, "ada, tapi dapat penat
je."
"Dah
pencen ke Pak Mat?" Tanya saya.
"
TV panggil, diorang bayar RM300. Transport, makan, tempat tidur semua sendiri.
Kadang-kadang keluar lagi duit sendiri. Takpe lah."
Sayu
dalam hati ini. Kalau di luar negara, seniman-seniman veteren ni akan dibayar
lagi mahal. Pak Mat yang sudah bertaraf lagenda ini cuma dibayar RM300. Betul.
Beliau adalah orang yang tidak meminta-minta, tidak mintakan perhatian, tetapi
hargailah beliau seperti mana status beliau. Lagenda bang. Lagenda.
Saya
cepat-cepat kalis ke isu lain bagi mengelakkan suasana menjadi 'sedih'. Suatu
perkara yang mencuit hati, beliau bercerita tentang 'orang besi buruk' yang
datang dari rumah ke rumah membeli besi buruk dan beliau masih menggelarkan
mereka sebagai 'Orang Karung Guni'.
Beliau
memang seorang yang rendah diri dan tidak meminta-minta. Tetapi hargailah
beliau semasa beliau masih ada. Jangan lah masa beliau dah tiada, baru kita
sibuk nak 'tribute itu, tribute ini'. Dah terlambat. Sebagaimana terlambat kita
menghargai Tan Sri P.Ramlee.
Jika
segala banyak artis-artis dari seberang, artis muda yang entah apa sumbangannya
boleh diberi pelbagai darjah kebesaran, kenapa seniman sebegini kita
pinggirkan?
Kami
di RBS ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian keluarga Pak Mat
melayani kunjungan kami. Juga terima kasih tidak terhingga buat anak Pak Mat
(yang juga salah seorang 'follower' RBS) kerana mengaturkan pertemuan kami. Kami
di RBS mendoakan Pak Mat sihat sekeluarga dan diberkati Allah sehingga ke akhir
hayat.
* Retro Bola Sepak: Siapa
boleh senaraikan semua filem dalam siri 'Mat'?
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...