Rabu, Mac 25, 2015
Untuk dijual: Jersi Line 7 Merah Kuning.
Salam
alaik. Untuk dijual.
Jersi
Line 7 Merah Kuning.
Saiz
M. RM70.
Boleh
call/whatsapp 017-4700 254.
Terima
kasih.
.
Jersi untuk dijual (Jersi fans Selangor).
Salam
alaik. Jersi untuk dijual.
Jersi
fans Selangor.
Saiz
XXL.
RM70.
Boleh
call/whatsapp 017-4700 254.
Terima
kasih.
.
Rabu, Mac 18, 2015
Retro Bola Sepak Malaysia.
28hb
Jun 1970: Malaysia 2, Korea Selatan 0.
Skuad
kebangsaan telah muncul juara kejohanan Ulangtahun Jakarta selepas menundukkan
Korea Selatan dalam aksi akhir. Kemenangan ini agak bermakna kerana ketika itu,
kejohanan tersebut baru diadakan buat julung kalinya. Muncul sebagai penyandang
sulung trofi, gol-gol Malaysia disumbangkan oleh Wong Choon Wah dan Ibrahim
Mydin.
Haria
Penang Haria.
Gambar
nostalgia pasukan Pulau Pinang yang menggondol Piala Emas Raja-Raja pada 1969. Selangor
adalah pemenang pertama kejohanan ini, yang diadakan pada tahun 1926. Pada
ketika itu, kejohanan tersebut dikenali sebagai Piala Emas Sultan-Sultan.
Man
Turn dan Alistair.
Coach
Azman, ketika beraksi untuk Selangor pada tahun 1994 di Stadium Merdeka. Secara
purata, kehadiran penonton ketika itu ialah seramai 30,000 orang setiap
perlawanan. Pada 1992, Azman menjaringkan 22 gol untuk KLFA. Alistair Edwards
pula, yang kini membimbing Real Mulia selaku Pengarah Teknikal, merupakan
penjaring terbanyak Divisyen Satu Australia pada 1993. Bersama martabatkan
jersi serta liga tempatan kita. Man Turn, Man Score. Padu dan Grande;
selamanya.
Datuk
Ong Kim Swee.
Anak
Melaka yang menyerlah bersama Sarawak dan Sabah. Pernah beberapa kali menyarung
jersi kebangsaan, beliau berjasa bukan sahaja sebagai pemain, tetapi jurulatih
yang membawa Malaysia mengekalkan pingat emas Sukan SEA pada 2011. Semoga kita
tidak mensia-siakan keringat dan sumbangan beliau. Bersama martabatkan jersi
dan liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya.
Kisah
sedih seorang pemain hebat.
Allahyarhamhu
Zaid Jamil, abang kepada bekas pemain kebangsaan, Nidzam Jamil (juga pengulas
Astro Arena). Zaid, meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya pada 1994,
ketika berada pada kemuncak kerjaya pada umur 27 tahun. Mencipta kerjaya
gemilang bersama skuad kebangsaan, DBKL dan KLFA. Antara pertahanan terbaik
sepanjang zaman Malaysia dan Selangor, beliau terkenal dengan corak permainan
konsisten dan 'combative'. Zaid telah pulang ke ‘kampung asal’, tapi beliau
takkan luput dalam sanubari kita semua. Kita akan menyusuli beliau. Innalillahi
wa inna ilaihi rajiun. Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu
dan Grande; selamanya.
Selasa, Mac 17, 2015
Selangor Menang 2-0 di Shah Alam: Salam Ulang Tahun, UltraSel!
I
“Bersatu
dengan jiwa… Bersatu dengan nyawa…
Julang
sumpah setia… SELANGOR selamanya!”
Selangor
Menang 2-0 di Shah Alam.
Alhamdulillah, SahabatKelab
Peminat Azman Adnan (G19) dan Retro
Bola Sepak (RBS) berkesempatan
menyaksikan perlawanan Liga Super di antaraSelangor danSarawakdi Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 14hb Mac 2015.
Sebelum perlawanan, kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga untuk empat
perlawanan terdahulu menyaksikan Sarawak di tangga ketujuh manakala
Selangor kelapan saling berkongsi lima mata hanya dipisahkan dengan kelebihan
jaringan gol.
Bagaimanapun,
Selangor melonjak ke tangga ke-3 Liga Super selepas berjaya meraih kemenangan
2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, sekaligus membuka kembali peluang
mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga musim ini.
Gol
Afiq Azmi (pada minit le-10) dan Fitri Sazwan Raduwan (minit ke-77) cukup untuk
membekalkan 3 mata buat Gergasi Merah, seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah
dalam lima perlawanan. Selangor yang membenam PDRM, 4-1 turut meneruskan kempen
Piala FA setelah menewaskan Felda United FC.
Berikut
merupakan senarai penjaring untuk Selangor: Andik (2 gol); Afiq (2 gol); Hazwan
(1 gol); Hadi (1 gol); Paula (1 gol); dan Fitri (1 gol).
II
Salam
Ulang Tahun, ultraSel!
Selamat
ulang tahun ke-5 diucapkan buat gerakan penyokong Selangor yang tegar, ultraSel.
Menjelang 17hb Mac 2015, sudah 5 tahun usia pergerakan ini. Kita sedia maklum
bahawa ultraSel nermula daripada Ultras Malaya yang mencetus fenomena budaya
ultras di Malaysia. Daripada UM'07 lah lahirnya
ultras negeri-negeri yang lain termasuk ultraSel.
Terkenang
coretan Admin UM’07 ketika awal mereka membuka halaman Facebook rasmi: “…Kerana
pada setiap Anak Malaysia, harus ada cinta yang marak menyala. Kami seru
semangatmu harimau, bangkitlah kamu dari pembaringan. Love Is A Burning Thing.”
Selamat
ulangtahun, ultraSel. Selangor Sampai Mati!
#5atuJiwa5atuMentaliti #u5Anniversary #5thYearsStronger #ultra5el #u5 #u5brotherhood #5elangor5ampaiMati
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...