Ahad, September 07, 2014
Bengkel Latihan dan Advokasi Isu Antarabangsa di Sekretariat ABIM Pusat.
Sekretariat lama ABIM,
'Anjung Rahmat' di Gombak.
'Anjung Rahmat' di Gombak.
Sekretariat ABIM sekarang,
di Taman Cemerlang, Gombak.
I
Bengkel
Latihan dan Advokasi Isu Antarabangsa
di Sekretariat ABIM Pusat.
Alhamdulillah,
pada 6hb September 2014 (Sabtu), saya bersama para sahabat Malaysia Life LineFor Syria (MLL4S) telah menghadiri Bengkel Latihan dan Advokasi Isu
Antarabangsa, di Sekretariat Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM Pusat), Taman
Cemerlang, Gombak. Kata-kata aluan untuk program kali ini telah disampaikan
oleh Setiausaha Agung ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, yang juga
mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
II
‘Peranan
Aktivis Advokasi’
(Saudara Raimi Ab. Rahim)
Saudara
Raimi merangkap Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM dan Presiden Global Peace Mission
membentangkan pengisian dalam Latihan Advokasi Isu Antarabangsa di bawah topik ‘Peranan
Aktivis Advokasi’. Beliau membuat perkongsian berkenaan peranan ABIM pada
peringkat antarabangsa yang telah dan masih digerakkan semenjak era tahun 70-an
hingga kini. Sepertimana
kita sedia maklum, ABIM aktif menghulurkan bantuan serta misi kemanusiaan sejak
berdekad yang lampau kepada negara bergolak serta rakyat yang terzalim seperti
di Bosnia dan Afghanistan. ABIM, menurut Saudara Raimi lagi, turut berjuang
untuk mengangkat pelbagai isu umat yang ditindas baik di Myanmar (etnik
Rohingya); Kashmir; Xinjiang (China); Bangladesh; Chechnya; Bosnia mahupun di
mana juga.
Masjidil Haram, masjid paling suci. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu kiblat sewaktu menunaikan solat. Kajian menunjukkan bahawa Kaabah adalah Pusat Bumi, dengan ketepatan ratio 1.618. Subhanallah.
Masjid An-Nabawi, masjid kedua paling suci dan terletak di Madinah Al-Munawarah.
Masjid yang dibina sendiri oleh Nabi Muhammad SAW ini
turut menempatkan makam Baginda SAW.
Masjid Al-Aqsa (Masjid Yang Jauh), masjid ketiga paling suci. Terletak di Kota Baitul Maqdis, Palestin. Rejim Zionis giat menjalankan kerja cari gali di bahagian bawah Masjid Al-Aqsa, sehingga mengakibatkan berlaku keretakan pada beberapa bahagian masjid suci tersebut.
Kubah Batu-Asy-Syakrah (Dome of the Rock), antara binaan terindah di dunia dengan kubah emasnya. Sering dirujuk secara silap sebagai Masjid Al-Aqsa. Kubah Asy-Syakrah terletak bersetentang dengan Masjid Al-Aqsa yang usang dan berkubah hijau.
III
‘Sejarah
dan Isu Semasa Palestin’
(Dr Mohamad Makram)
Sementelah,
Dr Mohamad Makram daripada Al-Quds Foundation Malaysia pula menerangkan tentang
‘Sejarah dan Isu Semasa Palestin’. Beliau membuat penerangan berkenaan situasi
Palestin. Beliau turut menyentuh bagaimana kuatnya sifat perkauman sempit dalam
kalangan orang Yahudi berfahaman Zionis, yang mana telah ditanam sejak zaman
kanak-kanak lagi.
Beliau
turut menjelaskan fakta mengenai Masjid Al-Aqsa, di mana Masjid Al-Aqsa bukan
sekadar sebuah binaan ‘Dome of the Rock’, tetapi Masjid Al-Aqsa merangkumi
keseluruhan kawasan Kompleks Al-Aqsa (di dalam kotak kuning dalam gambar di
atas). Jika orang Islam dibenarkan bersolat di sana, seramai 400,000 jemaah
boleh dimuatkan pada satu-satu masa.
IV
‘The
Syrian Conundrum’
(Saudara Mohammad Qutub)
Saudara
Mohammad Qutub tampil dengan topik menarik, ‘The Syrian Conundrum’ (Konflik di
Syria) di mana beliau menerangkan tentang situasi di Syria yang sedang
meruncing. Antara catatan berkenaan bengkel ini ialah, betapa konflik di Syria
perlu diambil perhatian serius; memandangkan ia berkaitan dengan isu
kemanusiaan, selain berikat-rapat dengan isu Gaza-Palestin.
Hal
ini demikian kerana, dari segi geo-strategik, rejim Zionis Israel memerlukan
negara jiran sekitar Palestin yang pro-Israel, di mana Syria merupakan antara
jiran terdekat Palestin, selain Mesir. Justeru, adalah menjadi keutamaan untuk
rejim Zionis Israel mengekalkan pemerintahan rejim Syiah Basyar.
Beliau
menegaskan bahawa kita tidak perlu bersedih dengan mereka yang telah terbunuh
dalam revolusi Syria kerana in sya ALLAH mereka akan ditempatkan di Syurga ALLAH
SWT. Sebaliknya, beliau menyeru kepada kita semua agar prihatin dan membantu
pelarian serta rakyat Syria yang sedang dizalimi dan diseksa oleh rejim Basyar
al-Assad.
V
Visi
Ummatik dalam Krisis Umat Islam
(Tuan Haji Ahmad Azam)
Dalam
slot terakhir, mantan Presiden ABIM, Tuan Haji Ahmad Azam mengupas berkenaan visi
ummatik dalam krisis umat Islam. Beliau turut menyentuh tentang hegemoni Barat
serta masalah utama umat yang membawa kepada krisis dalam dunia Islam. Beliau
menegaskan bahawa ia perlu diselesaikan menerusi perpaduan umat sebagai
asasnya, atas semangat ‘Biz Bir Ümmetız’
atau ‘Kita Satu Ummah’.
Turut
dibincangkan ialah bagaimana Turki, sebuah republik yang sejak sekian lama cuba
dipadamkan Islam daripada pemerintahan dan corak hidup rakyatnya, masih berjaya
bangkit dengan memperkenalkan semula Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai tokoh
yang perlu diikuti baik orang Turki mahupun umat Islam sarwajagat.
VI
Selanjutnya,
Tuan Haji Azam menyentuh tentang penyakit yang ditanam kepada kita oleh pihak penjajah
dan musuh Islam iaitu: buta sejarah; kemiskinan yang dirancang; dan perpecahan
yang dirancang. Maka muncullah istilah sekularis. Konservatif, modernis dan
fundamentalis begi meletakkan orang Islam dalam kelompok yang berpecah dan
berasingan.
Sejarah
membuktikan bagaimana bangsa Arab berpecah-belah selepas Barat berjaya menjajah
dan memisahkan mereka berdasarkan sempadan kenegaraan, meskipun asalnya mereka daripada
rumpun bangsa dan agama yang sama. Hal ini membawa kepada isu lebih serius, di
mana ada yang menganggap isu Palestin adalah isu negara itu sendiri, dan
bukannya isu umat.
VII
Perkara
ini juga berlaku kepada bangsa Melayu, di mana ramai dalam kalangan kita
melihat rumpun Melayu di Indonesia dan Selatan Thailand sebagai rakyat negara
lain, meskipun berasal daripada akar budaya dan bangsa yang sama. Oleh yang
demikian, Tuan Haji Azam menyeru agar semua umat Islam lebih tekun mengkaji sejarah dan
menguasai bahasa Arab selain bahasa-bahasa lain.
Akhir
kalam, tahniah buat ABIM di atas penganjuran bengkel yang sungguh bermanfaat
ini. Semoga lebih banyak program dengan capaian yang lebih luas serta manfaat
yang lebih banyak dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. Bersama
Menegakkan Kebenaran dan Keadilan; Hidup Biar Berjasa. Padu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Coach Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
Jersi penghargaan daripada Sahabat
Kelab Jersi Kita(KJK) buat Abg Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol kebangsaan dan Selangor FA yang
berjasa. Bersama memartabatkan jersi serta liga
tempatan kita. Padu.
Kelab Jersi Kita(KJK) buat Abg Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol kebangsaan dan Selangor FA yang
berjasa. Bersama memartabatkan jersi serta liga
tempatan kita. Padu.
Buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg Jamsari Sabian ,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.
Scoreboard (TV3) bersama Abg Jamsari Sabian ,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.
Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.
Bersama sahabat saya yang budiman
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
VIII
Kempen #SaveTheChildrenOfSyria
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria.
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan.
-------------------------------------------------------------------------------
* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS
* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS
Naib Presiden ABIM merangkap
Pengerusi MLL4S: Saudara
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah
Perdana Belia Negara (Kategori
Lelaki) 2014.
merangkap CEO MLL4S,
Saudara Syahrir Azfar Saleh.
“Jangan tengok, wahai anak patungku!
Semua yang menakutkan ini akan
berakhir dengan segera…”
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
Misi konvoi sulung MLLFS.
Liputan dalam Metro,
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian,
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia.
X
Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
------------------------------------------------------------------
Sumber
dan Rujukan:
Langgan:
Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Allahyarhamhu Pak Jamal Kerdil dan Nostalgia Mini Parlimen. Beruntung kanak-kanak yang pernah menjadi ‘Ahli ...
-
Jersi Putih Selangor, 1997-98. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada...