Selasa, Januari 28, 2014
Seminar Pemerkasaan Aqidah dan Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor.
Dapatkan Segera! Majalah I (Edisi Mac 2014),
menampilkan Ustaz Mohd Naim Mohd Noor ,
berbicara mengenai "Mengenali Al-Kitab,
Memelihara Akidah", pada muka surat 91.
menampilkan Ustaz Mohd Naim Mohd Noor ,
berbicara mengenai "Mengenali Al-Kitab,
Memelihara Akidah", pada muka surat 91.
Seminar Pemerkasaan Aqidah
dan Bengkel Persada di Sekretariat ABIM Selangor.
Alhamdulillah,
pada tanggal 25hb Januari 2014M bersamaan 24hb Rabiulawal 1435H, sekitar jam 9
pagi, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor telah menganjurkan ‘Seminar
Pemerkasaan Aqidah di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam’ dan ‘Bengkel
Persada di Sekretariat ABIM Selangor’.
Seminar
Pemerkasaan Aqidah yang dianjurkan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam menyaksikan Ybhg. Ustaz Mohd Naim Mohd Noor (Timbalan Presiden ABIM)
tampil mengutarakan pandangan dan pencerahan sebelum wakil daripada Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) hadir memberikan penerangan kepada para hadirin.
Sementelahan,
pada sebelah petangnya, Bengkel Persada telah dianjurkan di Sekretariat ABIM
Selangor, yang terletak di No. A-3-6 Pangsapuri Mutiara Anggerik, Jalan Tukul
Seksyen 15, Q15/Q, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Bengkel ini telah
dikendalikan oleh Penolong Setiausaha ABIM Pusat yang turut memegang portfolio
Media, Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin. Usai program tersebut, sesi ‘Penyerahan
Dana Dakwah dan Kaderisasi ABIM Daerah Selangor’ turut dijalankan, di mana
agihan dana secara sama banyak diberikan kepada setiap daerah yang mempunyai
cawangan ABIM.
Diharapkan,
semoga program yang bermanfaat ini dapat mengakarumbikan kecaknaan para
setiausaha daerah serta Exco ABIM di peringkat negeri Selangor berkenaan
prosedur serta urusan yang berkaitan dengan organisasi yang diwakili serta
peraturan yang termaktub di bawah Pendaftar Belia (ROY).
MEMBINA
DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH.
Takbir.
.
Seputar perlawanan PDRM FA menentang Pulau Pinang FA.
Seputar perlawanan PDRM FA menentang
Pulau Pinang FA.
Masa penuh: Polis menang, 5-1 (Bobby
Gonzalez, Mohd Fadhil Hashim, Shahril Izwan, Ali Ashfaq, Chad Souza - Yong
Kuong Yong). Tahniah serta moga Polis FA terus maju dan maju
lagi. Terima kasih juga, buat Abg Azman Adnan dan Abg Dollah Salleh yang
sudi belanja makan. Alhamdulillah.
Namun, saya sedikit terkejut apabila
mengetahui tidak berapa lama selepas sama-sama menikmati hidangan, Abg Dollah
Salleh telah mengalami serangan jantung. Merupakan Ketua jurulatih PDRM FA,
beliau kemudiannya selamat menjalani rawatan kaedah ‘angioplasty’ di
Pusat Perubatan Sime Darby, Kuala Lumpur, lewat petang keesokan harinya.
Semoga Abg Dollah dan kita semua
dikurniakan kesihatan serta kesejahteraan oleh ALLAH SWT. Amin dan in sya
ALLAH.
.
Tragedi megi sup kari pedas, sepiring cili Monodon dan cerita ‘Cameron’ tidak ke Piala Dunia.
Tragedi
megi sup kari pedas, sepiring cili Monodon dan cerita ‘Cameron’ tidak ke Piala Dunia.
*
Nota: Sesiapa yang berkelapangan, setiap Jumaat, pukul 10 malam, Sahabat Kelab
Jersi Kita (KJK) ada menganjurkan perlawanan futsal di The Challenger Sports
Centre, berhampiran Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang.
Terbuka
kepada semua, sahabat sekalian dijemput hadir bersama kasut futsal
masing-masing. Nak ngeteh saja pun boleh.
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...