Rabu, Ogos 28, 2013
Selangor lawan Sime Darby: Sedikit tentang luahan dan keluhan.
Para penyokong 'mengepung' bas FAS.
Sebelum sepak mula Selangor FA-Sime Darby FC.
I
“Hidup tidaklah untuk
mengeluh dan mengaduh.
Hidup adalah untuk mengolah
hidup.”
-- ‘Sajak Seorang Tua untuk Istrinya’ (W.S. Rendra).
Hadir
ke Stadium Selayang yang agak jauh dari tempat saya tinggal bukanlah satu isu
besar. Ini isu kecil. Ramai lagi penyokong Selangor yang mengharung perjalanan
jauh dari Tanjong Karang, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan lain-lain tempat
untuk tetap hadir setiap kali The Red Giants beraksi di Shah Alam.
Isu
yang lebih besar ada tiga: satu, aksi longlai pasukan yang digelar Gergasi
Merah ini. Kedua, soal bagaimana penerimaan para peminat Merah-Kuning terhadap
aksi longlai ini. Ketiga, soal sejauh mana relevannya slogan ‘Misi 33’
digunakan.
II
Pada
hemat saya, Selangor FA turun dengan pemain yang tidak cergas dan tidak
mempamerkan aksi terbaik mereka. Lihat sahaja gol pertama Karlo Primoric untuk
Sime Darby FC. Kelemahan paling ketara Selangor pada perlawanan malam tadi
ialah pada bahagian tengah.
Sementelah,
dua-tiga menjak ini, ada khabar-khabar yang menyatakan kontrak jurulatih
berjasa, Haji Irfan Bakti tidak akan dilanjutkan. Ada juga khabar bahawa sudah
ada pemain yang dipancing dengan tawaran lumayan oleh beberapa pasukan. Saya
tidak tahu sama ada berita angin ini benar-benar mengganggu emosi-komitmen
pemain atau tidak, tetapi, sebagai peminat, kita boleh melihat para pemain
tidak memberikan sepenuh raga jiwa untuk permainan malam tadi.
Penyokong Merah-Kuning era awal 90an di Stadium Merdeka.
Kenangan Final 1996, menentang Sabah FA.
Pasukan gendang yang bekerjasama dengan SSFC.
Ultras Selangor.
III
Berkenaan
penerimaan penyokong, saya tidak berminat untuk terlalu mengulas lanjut. Saya
percaya, baik Ultras Selangor mahupun SSFC -- mahupun penyokong yang tidak
terikat dengan mana-mana sepanduk – ada pandangan dan hujah masing-masing:
untuk mempertahankan tindakan mereka yang mencaci atau memuji pemain dan pihak pengurusan
FAS.
Tetapi,
bagi saya, asasnya mudah: sebagai penyokong, kita perlu ada rasa hormat kepada
pasukan dan pemain. Begitu juga pemain dan pegawai pasukan, mesti hormat pada
penyokong dan kontrak yang telah ditandatangani pada awal musim.
IV
Ini
adalah lumrah dalam sukan bola sepak. Skuad yang mempunyai bintang tidak
semestinya menang. Skuad yang menang itu – selain takdir – adalah atas dasar
konsistensi, disiplin serta komitmen pemain yang tinggi. Selangor pernah
mempunyai skuad hebat pada tahun 1992, 1993 dan 1994, yang tidak memenangi
Piala Malaysia. Skuad 1995 yang dibarisi ramai pemain muda pula yang akhirnya
mencipta sejarah manis, sebelum dilengkapi oleh skuad 1996 dan 1997. Ah,
kenangan.
Tahun
1998 dan 2008 juga adalah dua tahun yang agak mengecewakan. Pada 1998, kita ada
Azman Adnan, Zainal Abidin Hassan, Alexander Freeman, Shahril Arsat, Nazzab Hidzan,
Jeff Hopkins, Asroff Hanafiah, Aizal Lamin, Rizal Hassan dan Abdul Hadi Tahir
(sekadar menyebut beberapa nama). Adakah Selangor menang Piala Malaysia? Tidak.
Tahun
2008 pula, Selangor FA diperkuatkan oleh barisan bintang: Frank Seator
(mendiang), Safee Sali, Elie Aiboy, Shukor Adan, Akmal Rizal Rakhli serta Indra Putra Mahyuddin
(juga sekadar menyebut beberapa nama). Kita tewas dua perlawanan akhir. Dan,
kita tidak menang Piala Malaysia.
Menarik
untuk dikongsi kata-kata sahabat saya, Bro Jabal Noor, tentang aksi skuad
Malaysia era gelap 2000an dulu: “Ada kelapangan, turun je ke stadium. Kita
memanglah nak menang, tapi yang penting, kita nak tengok cara permainan pasukan
kita. Kalau bukan kita yang nak sokong, siapa lagi? Kalau menang, alhamdulillah…Kalau kalah,
dah biasa dah…”
Lagenda Selangor FA: Raja Bola Ghani Minhat, Supermokh dan Man Turn (Azman Adnan).
V
Sejelasnya,
saya konsisten menyatakan bahawa istilah ‘Misi 33’ tidak seharusnya digunakan.
Mana-mana pasukan bola sepak perlu memberi fokus kepada setiap perlawanan yang
mereka hadapi – satu-persatu – kerana bola itu bulat, dan tidak sedikit tekanan
yang perlu ditanggung pegawai dan pemain jika terpaksa dihambat kejuaraan
silam. Seharusnya, fokus diberikan kepada prestasi semasa dan perancangan jangka
panjang sedari awal musim lagi.
Saya
percaya, harapan menggunung yang dihambur untuk memenangi Piala Malaysia untuk
kali ke-33 ini bukan sahaja memberi tekanan kepada pemain dan pasukan, tetapi
juga kepada peminat Selangor sendiri.
Skuad
Selangor 2013 adalah skuad yang kuat, dibarisi ramai pemain kebangsaan yang
berbakat. Kendati, tidak semua yang mempamerkan aksi sekomited Amri Yahyah dan
Forkey Doe. Sedarlah semua, ini bukan pasukan ‘Raja Bola’ Ghani Minhat. Ini bukan skuad ‘SuperMokh’. Bukan juga yang dipertajamkan oleh ‘Man Turn’. Ini pasukan Selangor FA
2013.
Wajah-wajah yang penuh pengharapan. Sayu.
Misi Mengeteh: Tercapai.
Solidariti buat kesetiaan dan persaudaraan. Viva Mesir.
VI
Hadapilah
cabaran dengan kenyataan, bukan hambatan kejayaan silam. Bak kata Steve
Maraboli, seorang pengkaji tingkah laku manusia, “Learn from your history, but don’t live in it.” Belajarlah daripada
sejarah kita, tetapi usah hidup di dalamnya. Memetik puisi nukilan Rendra, ‘Kita adalah kepribadian. Dan harga kita
adalah kehormatan kita. Tolehlah lagi ke belakang. Ke masa silam yang tak
seorang pun kuasa menghapusnya.’ Sokong jangan hanya ketika menang. Sokong;
waktu gagah dan rebah. Hadirlah ke stadium setiap kali ada kelapangan dan
kemampuan. Bersama buktikan sokongan buat Selangor Darul Ehsan. Solidariti buat
kesetiaan dan persaudaraan.
Selamanya,
Viva Selangor!
---------------------------------------------------------
Sumber
dan rujukan:
Ahad, Ogos 25, 2013
Mengeteh bersama Bro Aie Sulong, kartunis lagenda.
“Salute Tinggi Kelab Jersi Kita dan Retro Bola Sepak. Salam
Hormat!”
* Nukilan istimewa Bro Aie Sulong, kartunis
lagenda Malaysia, buat dua page bersekutu, KJK dan RTB. Alhamdulillah, dapat juga sampaikan novel saya yang sederhana, 'Wajah Hati Redha' -- serta lukisan saya yang sederhana -- buat Bro Aie Sulong .
Alhamdulillah,
dapat berjumpa dengan Bro Aie Sulong yang budiman -- yang banyak mewarnai zaman
kecil anak-anak 90an dengan karya kartun dan komik grafiknya.
Kata-kata hikmah yang sentiasa beliau pegang daripada pesan seorang hamba ALLAH,“Bagaimana susah pun hidup kita, jangan sampai kita buruk sangka pada TUHAN.”
Kata-kata hikmah yang sentiasa beliau pegang daripada pesan seorang hamba ALLAH,“Bagaimana susah pun hidup kita, jangan sampai kita buruk sangka pada TUHAN.”
Beliau
popular dengan kartun dan komik grafiknya seperti ‘Abe’, ‘Aku Hidup dalam Blus’, ‘Blues Untuk Aku’, ‘Aku dan Sesuatu’ dan
beliau bakal muncul dengan karya terbaru. Nantikan di pasaran.
* Sedikit tentang beliau di sini:
http://chedinsphere.blogspot.com/2011/07/aie-kartunis-lagenda-2.html
Terima kasih, Bro Aie. Semoga terus sakti dan istiqamah.
Terima kasih, Bro Aie. Semoga terus sakti dan istiqamah.
Grande.
Padu! :)
Sabtu, Ogos 24, 2013
Rabu, Ogos 21, 2013
Al-Fatihah buat Almarhum Ustaz Dahlan Arshad.
1997: Kelihatan (mantan) Presiden ABIM, Dr Muhammad
Nur Manutty sewaktu Wacana Khas anjuran ABIM
sempena kehadiran Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.
Nur Manutty sewaktu Wacana Khas anjuran ABIM
sempena kehadiran Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.
Senyumannya manis. Raut mukanya ceria. Ada
‘Nur’ di sebalik wajahnya. Janggut, misai dan rambutnya sudah putih
beruban. Memang dia sudah agak berusia; tua hampir mencecah usia 80 tahun (76
tahun ketika itu). Namun langkahnya masih cergas bak seorang pemuda. Sepatah
kata-katanya sarat dengan ilmu dan penuh makna. Intonasi suaranya tatkala
berbicara masih bertenaga bagai seorang pemidato hebat memukau para
pendengar. Dia dengan penuh tawaduk seakan-akan mahu berkongsi segala
idea, pemikiran dan pengalamannya dengan pemuda seperti saya. Inilah dia Ustaz
Dahlan Arshad.
Di lobi Hotel Grand Madya, Istanbul Turki
itu menyaksikan pertemuan saya dengan beliau yang turut serta bersama rombongan
Malaysia (PKPIM-ABIM-WADAH-Yayasan Takmir Pendidikan-Global Peace Mission) ke
International Seminar On Islamophobia anjuran The Union of NGOs of The Islamic
World (UNIW) pada 7-9 Disember 2007.
Sepanjang perjalanan saya hampir seminggu
di kota Istanbul, Turki, saya banyak menghabiskan masa bersama dengan Ustaz
Dahlan Arshad ini. Banyak ilmu dan pengalaman yang dapat saya kutip hasil perbincangan
dan sembang-sembang dengan beliau.
Teringat saya ketika menanti masuknya
waktu solat Subuh di sebuah masjid berdekatan hotel penginapan kami, Ustaz
Dahlan menunjukkan saya beberapa hiasan ‘frame’ ayat Al-Quran yang diletakkan di
dinding masjid sambil menceritakan bagaimana usaha secara halus menghilangkan
minat umat Islam untuk mendalami dan memahami Al-Quran iaitu dengan menulis
ayat-ayat Al-Quran dengan tulisan ejaan Turki bukannya dengan bahasa Arab
Al-Quran. Beliau juga sempat berbicara tentang kepentingan memperjuangkan
tulisan Jawi di Malaysia dalam usaha mendekatkan umat kepada Al-Quran.
Tatkala berhenti rehat ketika
International Seminar On Islamophobia pula, saya bersembang panjang dengan
Ustaz Dahlan di luar dewan seminar tentang pelbagai topik dan saya masih ingat
antaranya tentang tulisan khat yang mana di tingkat bawah dewan seminar
tersebut terdapat pameran tulisan khat karya penulis khat Turki yang cukup
kreatif dan penuh seni .
Kami masih bersembang di luar dewan
tatkala seminar bersambung semula sambil mendengar dan menonton seminar
tersebut melalui skrin tv di luar dewan dan kebetulan perwakilan yang berucap
ketika itu merupakan seorang wanita. Ustaz Dahlan menimbulkan persoalan
mengapakah tiada wakil wanita dari Malaysia yang berucap dalam seminar bertaraf
antarabangsa tersebut. Beliau mengimbas kembali bagaimana suatu ketika dahulu
Malaysia mempunyai tokoh pemidato wanita yang cukup hebat dan lantang bersuara
seperti Khalijah Salleh (Saya masih mencari maklumat berkenaan beliau). Bagi beliau
gerakan dakwah di Malaysia perlu mengenengahkan lebih ramai tokoh-tokoh dari
kalangan wanita di seminar dan program antarabangsa seterusnya menjalinkan
hubungan dan membina jaringan dengan organisasi wanita Islam seluruh dunia.
Saya juga mengambil kesempatan bertanya
kepada beliau tentang gerak kerja dakwah pada zaman beliau dahulu dan beliau
juga banyak menekankan keperluan generasi kini untuk terus membaca karya-karya
tokoh-tokoh terdahulu terutamanya kitab-kitab tafsir dan saya sengaja meminta pandangan
beliau tentang kitab tafsir yang paling bagus untuk dihadam oleh generasi muda
kini dan jawapan yang keluar dari mulut beliau ialah kitab karangan Syed
Qutb, Tafsir Fi Zilalil Quran. Saya memberitahu beliau yang saya juga pernah
membaca karya tersebut dalam bahasa Melayu dan beliau menasihatkan saya supaya
cuba sedaya upaya membaca karya tersebut dalam versi bahasa asalnya iaitu dalam
bahasa Arab memandangkan karya tersebut memuatkan ilmu yang cukup bermanfaat
dengan unsur sastera yang tiada tolok bandingnya itu.
Mendengar tutur kata Ustaz Dahlan Arshad
cukup mengasyikkan. Bahasa Melayu beliau cukup teratur, penuh sastera dan beliau
juga sangat fasih dengan bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Sesekali
terkeluar dari mulut beliau ayat suci Al-Quran dengan tafsirannya sekali untuk
menguatkan hujah dan juga pepatah-pepatah Arab dan Inggeris memaniskan lagi
bicaranya.
Antara yang turut membentangkan kertas
kerja pada International Seminar On Islamophobia ini ialah cucu kepada Almarhum
Hassan Al-Banna iaitu Tariq Ramadhan. Ustaz Dahlan Arshad pernah bekerja dan
rapat dengan ayah Tariq Ramadhan dan beliau memberitahu saya beliau rasa berat
hati untuk berjumpa dengan Tariq Ramadhan memandangkan beliau akan terimbas
kenangan silam beliau bersama ayah Tariq Ramadhan apabila melihat wajah Tariq
Ramadhan yang bagi nya ayah Tariq Ramadhan cukup mulia akhlaknya dan
pemergiannya ke rahmatullah cukup menyedihkan hati beliau.
Dato Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir
ke seminar tersebut juga cukup rapat dengan Ustaz Dahlan Arshad. Dan saya
melihat Ustaz Dahlan sanggup berdiri menunggu agak lama untuk bertemu dengan
beliau di luar bilik khas media tatkala Dato Seri Anwar Ibrahim diwawancara oleh
para wartawan seluruh dunia.
‘Kalau ada ilmu tetapi tak sihat, susah
juga…’ Begitulah lebih kurang kata-kata Ustaz Dahlan Arshad tatkala kami berada
dalam van sebaik sahaja selesai melawat Hayret Vekfi,sebuah NGO Islam yang
mengikuti aliran pemikiran Badiuzaman Said Nursi.
Beliau nampaknya begitu menekankan aspek
kesihatan yang sering diabaikan oleh pendokong gerakan Islam.Mungkin sebab
menjaga kesihatanlah beliau walaupun sudah tua tetapi tetap cergas dan sihat
walafiat.
Saya juga masih teringatkan nasihat
beliau berkenaan pentingnya kita mempunyai 'critical mind'. (untuk maklumat lanjut
berkenaan 'critical mind', boleh klik: (http://www.criticalthinking.org/resources/articles/critical-mind.shtml).
Menurut Ustaz Dahlan, beliau semenjak
dahulu mempunyai 'critical mind' dan bagi beliau pemikiran sebegini amat
penting bagi seseorang terutamanya pendokong gerakan dakwah.
Begitulah sedikit kenangan saya dengan Ustaz Dahlan Arshad. Bila agaknya saya berpeluang bertemu dengannya sekali lagi
ya?.... Saya rindu sekali untuk menadah sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman
daripadanya. Orang tua ini bukan sebarangan orang. Tua mungkin fizikalnya. Tetapi
‘muda’ pemikirannya....
----------------------------------------------------------------
* Petikan tulisan Mohd Rumaizuddin Ghazali (mantan Timbalan Presiden ABIM) dalam Pemikiran Al-Qaradawi: (Siri 2) - Sejarah Hidup dan Pemikiran. (http://www.abim.org.my/minda_madani/modules/news/article.php?storyid=112)
----------------------------------------------------------------
* Petikan tulisan Mohd Rumaizuddin Ghazali (mantan Timbalan Presiden ABIM) dalam Pemikiran Al-Qaradawi: (Siri 2) - Sejarah Hidup dan Pemikiran. (http://www.abim.org.my/minda_madani/modules/news/article.php?storyid=112)
- Rakan-rakannya (Yusuf Qaradhawi): Antara rakan-rakan karibnya ialah Abdullah Uqail, Ahmad Asal, Abdul Wahab al-Batattuni, Muhammad Saftawi, Abdul Wadud al-Syalabi . Manakala rakannya dari Malaysia ialah Ustaz Dahlan Arshad yang merupakan kenalan mereka sejak tahun 1970an ketika al-Qaradhawi datang ke Malaysia dan beliau merupakan orang yang dipercayai oleh al-Qaradhawi untuk menterjemahkan ceramahnya apabila al-Qaradhawi berada di Malaysia.
23 Mac 2008
1.05 am
Kolej Kediaman Ungku Aziz.
-------------------------------------------------------------------
Sumber:
Langgan:
Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Allahyarhamhu Pak Jamal Kerdil dan Nostalgia Mini Parlimen. Beruntung kanak-kanak yang pernah menjadi ‘Ahli ...
-
Jersi Putih Selangor, 1997-98. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada...