Ahad, Januari 27, 2013
Supermokh sebagai Jurulatih Kelab Kwong Yik Bank FC.
Razali Alias (Allahyarham), bintang
Selangor kelahiran Singapura. Untuk musim 1987,
beliau menggayakan fesyen rambut botak licin.
Impiannya untuk mewakili Malaysia tidak
tercapai, kerana dihalang oleh FIFA.
Selangor kelahiran Singapura. Untuk musim 1987,
beliau menggayakan fesyen rambut botak licin.
Impiannya untuk mewakili Malaysia tidak
tercapai, kerana dihalang oleh FIFA.
Skuad Kwong Yik Bank 1987. Supermokh
duduk paling hadapan, dua dari kiri.
duduk paling hadapan, dua dari kiri.
Kelab
Terakhir Yang Diwakili Oleh Supermokh
Atas
rasa cinta yang mendalam terhadap sukan bola sepak, desakan peminat
dan permintaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS),
Supermokh telah kembali daripada persaraannya pada 1987 untuk
membantu Selangor FA, kali ini sebagai pemain dan pembantu jurulatih.
Meskipun Selangor FA berjaya memenangi Piala Sumbangsih 1987 selepas
menewaskan Wilayah Persekutuan FA, pasukan tersebut hanya mampu
menduduki tangga ke sembilan liga, sekaligus gagal untuk layak ke
Suku Akhir Piala Malaysia 1987.
Pada
tahun 1987, Supermokh turut beraksi bersama Kwong Yik Bank FC dan
menjadi jurulatih kelab tersebut dalam Liga FAM [Berikutan
penggabungan Bank DCB (Development
and Commercial Bank)
dan Bank Kwong Yik pada 1997, Bank RHB (Rashid
Hussein Bank)
telah diasaskan oleh Tan Sri Rashid Hussain. Bank RHB diiktiraf
sebagai bank ketiga terbesar di Malaysia, dengan memiliki lebih 200
buah pejabat di Malaysia dan rantau Asia].
Sebelum
menyertai Kwong Yik Bank FC, Supermokh pernah menyertai beberapa buah
kelab seperti Kelab Sultan Sulaiman (KSS), Perbadanan Kemajuan Negeri
Selangor (PKNS) dan Talasco. Semasa berada di Kwong Yik Bank FC,
Supermokh berjaya menjaringkan 20 gol dalam 13 kali penampilan
bersama kelab tersebut. Selain menjuarai Piala Liga Dunhill FAS,
Supermokh juga berjaya membawa Kwong Yik Bank FC menjuarai Piala
Gabenor Antara Bank Ketiga di Stadium Merdeka, setelah menewaskan MBB
1-0.
Ketika
menjadi jurulatih dan selepas pertama kali didedahkan bahawa beliau
mengidap penyakit ‘motor
neurone’,
ia tidak menghalang Supermokh untuk terus menabur khidmatnya. Dalam
keadaan sedikit uzur, Supermokh masih hadir ke Stadium kajang untuk
memberikan motivasi dan buah fikir kepada pemain Kwong Yik Bank FC,
sewaktu Perlawanan Akhir Piala Dunhill-FAM antara kelab tersebut
dengan Wira FC, yang berjaya ditewaskan dengan jaringan 2-0.
Supermokh yang ketika itu bertugas selaku Pengarah Sukan Kwong Yik
Bank dan baru pulang dari menjalani rawatan di London, tetap
menggagahkan dirinya atas cintanya beliau kepada bola sepak dan
peminat.
Malah,
ketika berkerusi roda, beliau masih bersama anak buahnya di padang
dan stadium memberi tunjuk ajar. Semoga semangat dan disiplin
Supermokh dapat kita jadikan peringatan dan azimat untuk bangkit
daripada kealpaan. Al-Fatihah, buat tokoh sukan kita semua: Mokhtar
Dahari.
- Antara anggota skuad Kwong Yik Bank FC pada tahun 1987 ialah: Razali Alias; Kamil Majid; K. Rajasegaran; A. Jayakanthan; Lim Chuan Chin; Haslan Kamsir; Kok Seng Mun; Megat Rosli Sidin; Ismail Kamat; Seng Chin Kwee; Zulkifli Alias; Rosli Yusof; Ahmad Khair; Ahmad Fuad; Nasaruddin Mohamad; Kamarulzaman Yusof; Norazman Mohamad; Kee Teong Peng; Zainal Nordin; Raja Shaharul Niza (Pengurus Pasukan); Ong Chee Keong; Chong Chan Kiang (Penolong Pengurus Pasukan); Tan Yu Keong (Pegawai Kelab); dan Mokhtar Dahari (Jurulatih dan Pemain).
***************************
Sumber
dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-sumbangsih-1985-selangor-lawan.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/perlawanan-akhir-piala-malaysia-1984.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html ;
- http://www.facebook.com/king.kheiriel ;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood ;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1448973784588&set=o.113226981358&type=3&theater ;
- http://www.under-voice.com/wp-content/uploads/2012/02/DSC04283.jpg ;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Majalah Dunia Sukan;
- Utusan Malaysia;
- New Straits Times.
Anugerah Kasut Emas 1984.
Anugerah
Kasut Emas Piala Malaysia 1984: Yunus Alif.
Pada
tahun 1984, tiga orang pemain yang berbakat telah menerima anugerah
di atas kejayaan mereka menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing
sepanjang kempen liga dan Piala Malaysia 1984. Pemenang ‘Kasut
Emas Piala Malaysia 1984’
ialah Yunus Aliff yang mewakili Pahang FA. Yunus yang berasal dari
Terengganu, menjaringkan 14 gol untuk Pahang FA. Ketika itu, Yunus
sedang menunggu detik kelahiran anak sulungnya, Nurul Ubaidah.
Kehebatan Yunus Alif sebagai penjaring terbanyak telah membawanya
kembali menyarung jersi pasukan Malaysia untuk mengharungi cabaran
Pusingan Kedua Kelayakan Pra-Olimpik 1984 di Singapura dan Pusingan
Kelayakan Piala Dunia.
Sebelum
itu, Yunus terpilih untuk mewakili negara dalam beberapa kejohanan
seperti Piala Jakartaraya 1978 (Indonesia); King Cup 1978 (Thailand);
Korea Cup 1978 (Korea Selatan) dan beberapa pertandingan lain. Namun,
beliau telah digugurkan daripada pasukan kebangsaan pada 1982, antara
lain atas faktor kecergasan. Yunus telah menceburkan diri dalam arena
bola sepak sejak sejak di bangku sekolah lagi, sebelum menyertai
Kelab Fajar Hiliran dari 1976 hingga 1978. Dua orang abangnya, Nazib
Alif dan Abdah Alif juga merupakan pemain skuad Terengganu FA dan
Pahang FA yang berbakat.
‘Lagenda
17’,
Zainal Abidin Hassan -- yang juga dikenali dengan panggilan ‘Chief’
-- ketika itu mewakili Pahang FA telah menerima ‘Kasut
Perak’.
Meskipun kedua-duanya – Yunus dan Zainal – masih bersedih dengan
kegagalan memenangi Piala Malaysia 1984 setelah ditewaskan oleh
Selangor FA, anugerah tersebut sekurang-kurangnya menjadi sedikit
penawar kepada duka mereka berdua. Untuk rekod, skuad Pahang FA 1984
telah diberikan ganjaran melancong ke Los Angeles, Amerika Syarikat
di atas pencapaian mereka selaku Naib Juara Piala Malaysia 1984.
‘Kasut
Gangsa Piala Malaysia’
pula menjadi milik Zulkifli Hussein yang mewakili Kelantan FA. Pemain
yang berbakat besar ini ketika itu masih menuntut di Tingkatan 6
tetapi telah mengenepikan cabaran lagenda Sabah FA, ‘Hurricane’
Hassan Sani yang menjaringkan 9 gol untuk Sabah FA. Zulkifli telah
menjaringkan 11 gol, dan asalnya bermain di bahagian pertahanan
sebelum diberikan ruang untuk menjadi penyerang setelah rakannya
tercedera. Beliau merupakan anggota skuad Piala Razak Kelantan FA
untuk musim 1982 dan 1983. Seorang lagi pemainmuda berbakat dalam
Kelantan FA ketika itu ialah Hanifa Harun.
Sementelahan,
sewaktu ‘Malam
Anugerah Piala 1984’, ‘Piala Jurulatih Terbaik 1984’
telah dimenangi oleh lagenda bola sepak negara, Shukor Salleh yang
turut beraksi sebagai ketua pasukan Pulau Pinang pada musim tersebut.
Anugerah tersebut diadili oleh Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
dan beberapa juri lain. Sementelahan, ‘Piala
Fair Play Milo’
dimenangi oleh skuad Pulau Pinang yang turut di wakili oleh
Olahragawan Lelaki Kebangsaan 1977 itu.
Sumber dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/piala-sumbangsih-1985-selangor-lawan.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/perlawanan-akhir-piala-malaysia-1984.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-alan-davidson.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html ;
- http://www.facebook.com/king.kheiriel ;
- http://www.facebook.com/norazmi.mahmood ;
- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1448973784588&set=o.113226981358&type=3&theater ;
- http://www.under-voice.com/wp-content/uploads/2012/02/DSC04283.jpg ;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Majalah Dunia Sukan;
- Utusan Malaysia;
- New Straits Times.
Khamis, Januari 24, 2013
Rabu, Januari 23, 2013
Nabi Muhammad SAW: Kekasih ALLAH SWT.
[フレーム]
Kekasih ALLAH SWT
Rasulullah SAW, dalam keadaan dan kedudukan seperti apapun, menjadi contoh tertinggi dan suri teladan yang terbaik bagi manusia. Daripada sekalian perwatakan Rasulullah SAW, yang paling menonjol adalah dari segi akhlak Baginda yang tiada tandingannya. Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadrat ALLAH SWT agar menganugerahkan Baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Salah satu doa Baginda yang dimaksudkan adalah :
‘Ya ALLAH Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku.’
Sejarah tak akan mampu mengingkari betapa indahnya akhlak dan budi pekerti Rasulullah tercinta, Sayyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam (SAW) hingga salah seorang isteri Baginda, Sayyidatina A’isyah Radhiyallahuanha mengatakan bahawa "akhlak Rasulullah adalah “Al-Qur’an” (Riwayat Muslim - Saad Hisham).
Maka ALLAH SWT menganugerahkan baginda Al-Quranul Karim yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Begitu halus dan lembutnya perilaku keseharian Baginda. Sungguh, Rasulullah SAW adalah sosok yang mandiri dengan sifat tawadhu’ yang tiada tandingnya.
Akhlak Rasulullah
Baginda pernah menjahit sendiri pakaiannya yang koyak tanpa menyuruh isterinya. Dalam berkeluarga, Baginda adalah sosok yang ringan tangan dan tidak segan-segan untuk membantu pekerjaan isterinya di dapur. Selain itu, dikisahkan bahawa Baginda tiada merasa canggung makan di samping seorang tua yang penuh kudis, kotor lagi miskin. Baginda adalah sosok yang paling sabar di mana pernah kain Baginda ditarik oleh seorang Badwi hingga membekas merah di lehernya, namun Baginda hanya diam dan tidak marah. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu:
- Baginda suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan umat dalam hal-ehwal mereka - yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat - agar dapat dicontohi oleh yang lain;
- Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain;
- Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya;
- Dan Baginda melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.
Dikasihi para sahabat
Dalam satu riwayat, dikisahkan bahawa menjelang suatu peperangan, Rasulullah sedang membariskan pasukannya kerana Rasulullah selalu merapikan barisan skuadron tenteranya. Ternyata ada seorang sahabat, mungkin kerana perutnya terlalu besar, selalu perutnya itu berada di luar barisan.
Kemudian Rasulullah menghampirinya dan memukul perutnya itu agar dirapikan dengan barisan. Lalu sahabat itu memandang Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, bukankah Tuan diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, kenapa kau sakiti perutku?”
Lalu Rasulullah turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Pukullah aku! Sebagai (hukuman) qishas atas kesalahanku.”
Kemudian orang itu berkata: “Tetapi, Tuan memukul perutku sehingga terkena kulitnya.”
Lalu Rasulullah segera membuka pakaiannya, tiba-tiba sahabat itu memeluk Rasulullah SAW dan mencium perutnya.
Rasulullah terkejut sebelum berkata: “Apa yang engkau cuba lakukan?”
Sahabat itu menjawab: “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaanku denganmu. Aku ingin, sebelum meninggal dunia, sempat mencium perutmu yang mulia.”
Demikianlah, kasihnya para sahabat kepada Rasulullah SAW. Kita bagaimana?
Khatimah
Mengapa Rasulullah SAW dirindukan atau dicintai? Itu bukan hanya kerana ALLAH SWT membuka hati kita untuk rindu dan mencintai Baginda. Sebaliknya, ia juga adalah kerana akhlak Rasulullah yang menarik kecintaan kita. Dan, akhlak itu adalah Sunnah. Sekiranya kita mencontoh akhlak beliau ini, pasti kita pun akan disenangi oleh individu di sekeliling kita, in sya ALLAH. Tuntasnya, cukup kiranya Baginda sendiri yang jadi suri tauladan kita, umat Islam khususnya, yang hari ini terpaksa menghadapi segala macam bentuk tribulasi dalam menongkah arus modenisasi. Muhammad Iqbal dalam salah satu karyanya menukilkan: “Barangsiapa yang mengaku umat Nabi Muhammad, hendaklah berakhlak seperti Baginda (Nabi Muhammad)”.
---------------------------------------------------------------
Sumber:
- A. Guillaume, 1982. The Life Of Muhammad: A Translation Of Ibn Ishaq's Sirat Rasul, Oxford: Oxford University Press;
- Dr. Muhammad Abduh Yamani, 2001. Ajarkan anak-anakmu cintakan Rasulullah SAW;
- Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman, 2007. Biografi Muhammad bin Abdullah;
- http://zidaburika.wordpress.com/2007/07/25/keagungan-akhlak-rasulullah-saw/ ;
- Rasulullah S.A.W: Pemimpin Terulung Murabbi Teragung (Model Seorang Panglima dan Pengurus Angkatan Tentera), 2004. Shah Alam: Jabatan Mufti Negeri Selangor.
- Syaikh Shafiyyur-Rahman al-Mubarakfury, 1998. Sirah Nabawiyah;
- Tarikuddin Bin Haji Hassan, 2005. Sejarah Rasul Ulul Azmi terbesar: Nabi Muhammad SAW: Dari Kelahiran Sehingga menerima Wahyu.
Buku Biografi Mokhtar Dahari (1989).
Majalah Dunia Sukan mengiktiraf
Supermokh sebagai penyerang 70an
dan 80an paling unggul.
Supermokh sebagai penyerang 70an
dan 80an paling unggul.
Kulit belakang biografi Supermokh
menampilkan gambar Allahyarham
dengan Diego Maradona.
menampilkan gambar Allahyarham
dengan Diego Maradona.
Supermokh dan Diego Maradona, di mana
Jemputan Selangor tewas 1-2 kepada
Boca Juniors FC pada 1982.
Jemputan Selangor tewas 1-2 kepada
Boca Juniors FC pada 1982.
1986: Supermokh bersama
Trofi Pemain Terbaik Dunhill.
Trofi Pemain Terbaik Dunhill.
Mohd Reza Mokhtar (paling kanan) bersama skuad
Piala Emas Raja-Raja Selangor. Berbeda dengan
Supermokh yang berbadan gempal dan sasa, Reza
memiliki fizikal yang tinggi lampai.
1986: Supermokh menerima cenderahatiPiala Emas Raja-Raja Selangor. Berbeda dengan
Supermokh yang berbadan gempal dan sasa, Reza
memiliki fizikal yang tinggi lampai.
istimewa selepas mengumumkan persaraannya.
Namun, beliau kembali beraksi untuk Selangor
dan Kwong Yik Bank pada 1987.
1987, musim terakhir Supermokh
bersama Selangor FA.
bersama Selangor FA.
1987: Meskipun sudah berusia 34 tahun, Supermokh
masih mampu menjaringkan gol
dan beraksi dengan baik.
masih mampu menjaringkan gol
dan beraksi dengan baik.
Skuad Juara Piala Sumbangsih 1987 Selangor.
Supermokh berdiri paling kanan.
Supermokh berdiri paling kanan.
Skuad Kwong Yik Bank 1987. Supermokh
duduk paling hadapan, dua dari kiri.
duduk paling hadapan, dua dari kiri.
1989: Supermokh sewaktu menerima kunjungan
Tun Dr Siti Hasmah di rumahnya. Turut
kelihatan, Mohd Reza.
Tun Dr Siti Hasmah di rumahnya. Turut
kelihatan, Mohd Reza.
Supermokh dikerumuni para peminat dan orang
ramai di LTAB Subang, sebelum berangkat ke
London untuk menjalani rawatan.
ramai di LTAB Subang, sebelum berangkat ke
London untuk menjalani rawatan.
Supermokh dan isterinya, Datin Tengku Zarina,
tersenyum menatap isi kandungan
buku biografinya.
tersenyum menatap isi kandungan
buku biografinya.
Seorang bapa yang penyayang:
Supermokh memangku anak
bongsunya, Nur Arina.
Supermokh memangku anak
bongsunya, Nur Arina.
Supermokh bersama Zainol Fakir
dan Rashid Azad Khan.
dan Rashid Azad Khan.
Supermokh menandatangani
naskah biografinya.
naskah biografinya.
Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat-NYA
ke atas roh Allahyarham Mokhtar Dahari.
ke atas roh Allahyarham Mokhtar Dahari.
Naskah ‘Mokhtar Dahari: Lebih Satu Dekad Bergelumang
dengan Bola Sepak’ (1989).
Sepertimana
yang kita sedia maklum, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd (Kumpulan
Utusan) pernah menerbitkan sebuah buku biografi khas untuk Allahyarham
Supermokh pada tahun 1989, berjudul ‘Mokhtar
Dahari: Lebih Satu Dekad Bergelumang dengan Bola Sepak’ dengan kata-kata
pentingnya dipetik berbunyi, “…saya
bekerja keras untuk apa yang saya capai hari ini.”
Naskah
yang mempunyai 137 halaman ini ditulis secara bersama oleh Joe Marcose, Zainol
Fakir dan Mustakim Aminuddin, dan memaparkan detik-detik peristiwa dan kenangan
yang dilalui oleh Supermokh sejak mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehingga
saat keuzurannya, di samping membuktikan betapa penderitaan beliau turut
dirasai bersama oleh rakyat dan negara.
Kali
terakhir Mokhtar dipanggil mewakili negara ialah pada Pusingan Kelayakan Piala
Dunia 1985 di Seoul, Korea Selatan namun skuad negara tewas 0-2. Supermokh
asalnya telah beberapa kali mengumumkan persaraan, tetapi kembali atas rasa
cinta yang mendalam terhadap bola sepak tanah air. Paling diingati ialah
sewaktu Perlawanan Akhir Piala Malaysia 1986, di mana Selangor FA menang 6-1 ke
atas Johor FA dan Mokhtar menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunhill.
Malahan,
Supermokh telah menghadiahkan jersinya kepada Raja Muda Selangor ketika itu,
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj (kini Sultan). Sultan Sharafuddin
kemudiannya turut menghadiahkan cenderamata berbentuk pinggan yang diperbuat
daripada perak kepada Supermokh. Namun, atas desakan peminat dan pengurusan
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Supermokh kembali daripada persaraannya
pada 1987 untuk membantu Selangor, kali ini sebagai pemain dan pembantu
jurulatih. Meskipun Selangor FA berjaya memenangi Piala Sumbangsih 1987 selepas
menewaskan Wilayah Persekutuan FA, pasukan tersebut hanya mampu menduduki
tangga ke sembilan liga, sekaligus gagal untuk layak ke Suku Akhir Piala
Malaysia 1987.
Pada
tahun 1987, Supermokh turut beraksi bersama Kwong Yik Bang FC dan menjadi jurulatih kelab tersebut dalam Liga FAM. Ketika menjadi jurulatih
dan selepas pertama kali didedahkan beliau mengidap penyakit ‘motor neurone’, ia tidak menghalang
Supermokh untuk terus menabur khidmatnya. Malah, ketika berkerusi roda, beliau
masih bersama anak buahnya di padang dan stadium memberi tunjuk ajar.
Supermokh
telah menjalani rawatan di London pada 1989 dan kelihatan lebih baik sewaktu
pulang ke tanah air, di mana beliau turut berubat secara tradisional dan mampu
memandu kereta sendiri. Bagaimanapun, kesihatan beliau kembali merosot apabila
beliau terjatuh dan tangannya terseliuh. Ketika inilah buku biografi beliau
diterbitkan oleh Kumpulan Utusan dan diluncurkan di Stadium Merdeka oleh
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Laungan nama Supermokh bergema sebelum
perlawanan Selangor-Kedah pada 24hb September 1989, selanjutnya mengembalikan
ingatan semua kepada pemain itu pada zaman kegemilangannya.
Begitupun,
laungan “Mokhtar! Mokhtar!” pada
malam tersebut tidak diiringi dengan larian pantas dan rembatan kencang
Supermokh. Beliau dikatakan cukup menyenangi penerbitan biografi tersebut, di
mana ia bukanlah bertujuan mengagung-agungkan beliau, tetapi untuk memberikan
motivasi kepada semua untuk berusaha keras untuk mencapai kejayaan.
Selepas
3 tahun bertarung dengan penyakitnya, anak jati Setapak, Kuala Lumpur ini
menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor pada
pukul 8.25 pagi, 11hb Julai 1991 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit ‘motor neurone’. Allahyarham Supermokh meninggalkan
seorang balu, Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan tiga anak, Mohamad Reza
yang juga bekas pemain bola sepak Selangor, Nur Azera dan Nur Arina. Jenazah
Allahyarham Supermokh disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat
Permai, Bukit Permai. Al-Fatihah sekudusnya, buat Supermokh, wira kita semua.
--------------------------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/3hb-mei-1986-sabtu-perlawanan-piala.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2012/12/boca-juniors-lawan-jemputan-selangor-xi.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html ;
- http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html ;
- http://www.utusan.com.my;
- Majalah Arena Bola Sepak;
- Majalah Dunia Sukan;
- Utusan Malaysia;
- New Straits Times.
Langgan:
Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Allahyarhamhu Pak Jamal Kerdil dan Nostalgia Mini Parlimen. Beruntung kanak-kanak yang pernah menjadi ‘Ahli ...
-
Jersi Putih Selangor, 1997-98. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada...