Jumaat, Ogos 31, 2012
“Sajak Tahun Baru 1990” (W.S. Rendra).
Sungguh.
Apa faedahnya kamu jaya di dalam kehidupan
bila pada akhirnya kamu takut mati
karena batinmu telah lama kau hina?
-- “Sajak
Tahun Baru 1990” (W.S. Rendra).
Salam
kemerdekaan, buat semua yang mahu membebaskan jiwa terjajah dan minda tertawan.
Hidup
Malaysia kita. Merdeka!
Khamis, Ogos 30, 2012
MENSYUKURI NIKMAT, MENGINSAFI AMANAT.
MENSYUKURI NIKMAT,MENGINSAFI
AMANAT.
Oleh: Dato’ Dr Siddiq Fadzil
(Mantan Presiden PMIUM, Mantan Presiden PKPIM, dan Mantan Presiden ABIM. Kini
sebagai Presiden WADAH dan Kolej Dar Hikmah)
Bagi orang yang memahami makna dan harga kemerdekaan, 3l
Ogos adalah tarikh istimewa. Justeru, pada hari itulah, lima puluh tahun
yang lalu (1957) tercapainya cita- cita yang telah diperjuangkan
turun-temurun sejak entah berapa keturunan. Sejarah merdeka bukan baru bermula
pada pertengahan abad 20. Perjuangan heroik melawan penjajah sudah bermula
seawal abad ke-16M dengan perang Melaka-Portugis. Sejak itulah darah dan air
mata perjuangan tidak pernah berhenti mengalir. Tidak siapa berdaya menaksir
berapa kawah darah yang tumpah dan berapa telaga air mata derita yang mengalir
demi mempertahankan atau mendapatkan kemerdekaan. Harga kemerdekaan memang
mahal tak ternilai, dan kerana itu harus dihargai secara yang benar-benar
bermakna. Bagi umat beragama kemerdekaan adalah nikmat kurnia Tuhan lang wajib
disyukuri dengan cara yang diredhai dan disenangi Penganugerahnya. Mensyukuri
nikmat sebagaimana yang diajar oleh agama ialah menggunakannva dengan cara yang
benar, dan tidak menyalahgunakannya. Dalam konteks nikmat kemerdekaan ia harus
disyukuri dengan membina kehidupan yang menepati erti kemerdekaan semurni dan
setulennya. Mudah-mudahan roh para pejuang yang gugur, bahagia dalam
peristirehatan apabila pengorbanan dan perjuangan mereka menghasilkan umat
merdeka yang benar-benar merdeka. Dengan semangat syukur nikmat sempena
berlalunya setengah abad kemerdekaan, kita bermuhasabah, menilai diri, sudah
sejauh mana kehidupan kita sebagai bangsa telah menepati makna merdeka.
Islam dan Makna Merdeka
Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan. Mesej
liberatif-emansipatif agama Ilahi ini jelas terungkap dalam misi utamanya ikhraju
‘n-nasi mina ‘z-zulumat ila ‘nur. Dengan kata lain, risalah Islamiah dapat
dirumuskan sebagai misi pembebasan dan pencerahan (tahririy-tanwiriy).
Kerana itu kehadiran Islam dan gerakan pendakwahannya di mana-mana selalu
dirasakan sebagai a liberating and enlightening force. Demikianlah
citra agama ini di mata kaum peribumi rantau Melayu ketika berlakunya
transformasi kemanusiaan dan revolusi kebudayaan dalam gerakan pengislaman yang
memesat pada abad ke-13-16M. Ternyata pembebasan dalam konteks misi
keislaman mencakupi bidang yang cukup luas, meliputi pembebasan daripada segala
bentuk pembelengguan termasuk kemerdekaan daripada penjajahan. Memang al-zulumat adalah
kata yang jami’ dan inklusif meliputi segala rupa bencana
kemanusiaan: kesesatan, kebingungan, kejahilan, kebodohan, kebekuan,
kemunduran, kebejatan, kegilaan, kezaliman, kecurangan dan lain-lain
sejenisnya. Umat Islam harus dibebaskan dan dimerdekakan daripada segala
bencana tersebut. Pembebasan (tahrir) dalam konteks misi pengislaman
selamanya tidak terpisah daripada pencerahan (tanwir). Apalah erti bebas
daripada suatu kegelapan, jika kemudiannya dijerumuskan ke dalam kegelapan yang
lain.
Demikianlah hakikat bermulanya transformasi pengislaman
dengan deklarasi kemerdekaan diri menerusi lafaz kesaksian syahadat ketauhidan la
ilaha illallah yang membawa implikasi ketidakrelaan tunduk mengabdi
kepada siapa pun dan apa pun selain Tuhan Yang Maha Esa. Sebagaimana yang
diungkapkan oleh al-Shaykh Muhammad al-Ghazaliy bahawa kalimat tauhid itu
membawa implikasi penafian terhadap segala bentuk keberhalaan. penolakan
terhadap segala jenis pengabdian di bumi dan penegasan terhadap hak kebebasan
(Muhammad Al-Ghazali, 2000:36). Justeru, manusia mukmin adalah manusia berjiwa
merdeka yang sedar dengan ketinggian martabat keinsanannya, setia memelihara pesan, Innahu
laysa li al-mu’min an yudhilla nafsah (Sungguh, tidak seharusnya
seorang mukmin menghina dirinya sendiri). Semangat kemerdekaan tahririy-taghyiri-tanwiriy itulah
yang tampaknya ditangkap dengan tepat oleh Za'aba ketika merumuskan makna
merdeka sebagai perubahan, “... daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal
dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada
ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menyuburkan dia; daripada
I’tiqad-I’tiqad yang serong dan terpesong kepada I’tiqad yang subur dan
merdeka: daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada
kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan
kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang
baik-baik dan mulia.”
Merdeka Berdasarkan Prinsip Karamah Insaniyyah
Merdeka pada hakikatnya adalah bahagian daripada kemanusiaan
itu sendiri, sesuai dengan kurnia takrim dari Yang Maha
Pencipta untuk makhluk jenis manusia seluruhnya. Kemuliaan yang diperoleh
langsung dari Tuhan itu bukan deklarasi kosong, tetapi sarat dengan erti dan
implikasi: kemerdekaan, kebebasaan, persamaan dan sejumlah hak serta keperluan
asasi lainnya: yang tanpanya manusia kehilangan kemanusiaannya. Kerana itu
manusia yang sedar dengan ketinggian martabat, maruah dan harga diri insan
sebagai makhluk mulia memiliki kepekaan yang cukup tinggi terhadap apa jua
gejala penghinaan terhadap manusia, baik dirinya sendiri atau manusia lain.
Manusia yang berasa mempunyai maruah keinsanan tidak akan relakemerdekaannya dirampas, kebebasannya dibelenggu dan apa
sahaja perlakuan yang meremehkan kemanusiaannya. Ternyata kemerdekaan terkait
erat dengan maruah. Bagi manusia merdeka, maruah adalah milik termahal yang
sentiasa dijaga dan dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Kerana itu pula
manusia merdeka tidak dapat menerima kehidupan yang tidak bermaruah, kehidupan
yang tidak bermoral, kehidupan yang cemar dengan amalan keji dan jijik seperti
rasuah, penyalahgunaan kuasa, penipuan, pemerasan, kepura-puraan, ampu bodek
dan lain-lain sejenisnya. Lain halnya dengan hamba abdi yang diperlakukan
bagaimana sekalipun – dihina, dibelenggu dan dimalukan, mereka tidak berasa
malu dan tidak berasa kehilangan maruah kerana memang mereka tidak memiliki maruah.
Demikianlah, manusia berjiwa merdeka adalah manusia yang
sedar dan peka dengan ‘izzat al-nafs atau maruah, harga diri
dan kemuliaan martabat keinsanannya. Kesedaran dan kepekaan itulah yang
memberinya rasa malu dan tahu malu. Rasa malu terkait dengan dignity seperti
itulah yang dijelaskan oleh Syed Hussein Alatas.
What is meant here by the sense of shame is not shame
associated with private and individual relations but a shame associated with
the collectivity, with the conditions of one's fellow men. It is directed at
elements threatening human welfare and dignity. ‘lt is undignified to have a
dirty surrounding. It is undignified to live in a disorderly and
haphazard manner. It is undignified to be subjected to petty corruption and
rude treatment. It is undignified to be cheated of your rights. It is
undignified to be governed by men with criminal minds, men who spend most of
their time plotting to cheat and plunder the state.’
(Alatas, S.H., 1999: 113-114).
Majalah antarabangsa NEWSWEEK, 23 Julai 2007 memuatkan
tulisan Melinda Liu berjudul Politics of shame pada halaman
utama Periscope. Makalah pendek tersebut mengulas hukuman mati yang
dijatuhkan ke atas Zheng Xiaoyu, bekas ketua sebuah agensi kerajaan China, SFDA
(State Food and Drug Administration), atas kesalahan meluluskan
ubat-ubatan yang tidak diuji (untested) sehingga mengakibatkan kematian tidak
kurang 10 orang. Kelulusan tersebut diberikan dengan bayaran (rasuah) 850,000ドル.
Kesalahan sedemikian membawa hukuman mati kerana kesan buruknya yang memalukan
agensi berkenaan. Seperti yang dinyatakan oleh jurucakap pihak berkuasa
Beijing,“Zheng has brought “shame” to his agency.” Mengenai
kepentingan malu dalam masyarakat dan budaya Cina, makalah tersebut menyatakan, “Shame
has always been a powerful force in China. Rooted in Confucian ethics, it often
drives Chinese leaders to dispense tougher justice than is meted out for
less-embarrassing crimes” Begitu tingginya tahap “tahu malu”" di
kalangan mereka sehingga apabila seseorang disoal-siasat atas dugaan rasuah,
cukup untuk menyebabkannya membunuh diri seperti yang dilakukan oleh seorang
bekas ketua polis pada bulan Jun lalu. (NEWSWEEK, 23 Julai 2O07: 4).
Sifat malu sebenarnya menempati posisi teras dalam ajaran
moraliti Islam, dan lebih daripada itu ia adalah manifestasi iman. Hadith dari
Imam Malik menyebut, “setiap agama memiliki akhlaq, dan akhlaq Islam adalah
malu" (likulli din khuluq, wa khuluq al-Islam al-haya”). Dalam
Hadith lain disebut pula “malu adalah sebahagian daripada iman” (al-haya’min
al-iman). Sifat malu yang tumbuh dari iman itu adalah sebahagian daripada
disiplin dalaman yang dapat mengawal perilaku seseorang.
Apabila Tuhan sendiri mendeklarasikan martabat kemuliaan
insan, ...dan sesungguhnya Kami memuliakan ana-anak Adam, bererti
semua manusia sama mulianya, sama martabat keinsanannya, sama hak-hak
kemanusiaannya, sama merdekanya dan sama bebasnya. Dari takrim ketuhanan
itulah lahirnya dua prinsip utama yang sangat erat hubungannya: prinsip
kebebasan (kemerdekaan) dan prinsip persamaan kemanusiaan. Seseorang itu tidak
dapat dikatakan merdeka jika ia tidak mendapat pelayanan sebaik yang diterima
oleh orang lain. Bagaimana mungkin kita dapat mengatakan seseorang itu merdeka
andainya masih terbelenggu dalam sistem dan budaya hidup berkasta-kasta, masih
mengamalkan feudalisme - baik feudalisme lama atau feudalisme baru, masih ada
kelas atasan yang diistimewakan dan kelas bawahan yang didiskriminasikan.
Merdekakah “orang kecil” seperti yang diperikan oleh seorang kiyai budayawan
Indornesia, K.H.A. Mustofa Bisri dalam puisinya “ORANG KECIL ORANG BESAR”.
Orang kecil jika ikhlas diperas
Jika diam ditikam
Jika protes dikentes
Jika usil dibedil.
Orang kecil jika hidup dipersoalkan
Jika mati tak dipersoalkan
Lebih baik jadilah orang besar
Bagiannya selalu besar.
Orang besar jujur-tak jujur makmur
Benar-tak benar dibenarkan
Zalim-tak zalim dibiarkan.
Orang besar boleh bicara semaunya
Orang kecil paling jauh dibicarakan saja.
Orang kecil jujur dibilang tolol
Orang besar tolol dibilang jujur
Orang kecil berani dikata kurangajar
Orang besar kurangajar dikata berani
Orang kecil mempertahankan hak
disebut pembikin onar
Orang besar merampas hak
disebut pendekar.
Prinsip persamaan kemanusiaan inilah yang ditegakkan oleh
Rasulullah s.’a.w. sebagaimana yang terakam dalam sunnahnya - sabda dan amal
nyata. Pada zamannya para penguasa rata-rata membina citra diri mereka sebagai
maharaja keturunan dewa berasal dari dunia indera. Motif penciptaan imej yang
menggerunkan seperti itu ialah untuk menjadikan rakyat jelata berasa kerdil dan
hina diri. Pada suatu ketika seorang a'rabiy dibawa mengadap Nabi (s.’a,w.).
Akibat terbiasa membayangkan imej para penguasa seperti di atas, a'rabiy tersebut
kelihatan terketar-ketar ketakutan. Junjungan s.’a.w. yang cukup mengerti
kenapa keadaannya menjadi seperti itu segera menenangkannya dengan berkata. “Bertenanglah,
saya bukan maharaja, saya adalah anak seorang wanita Quraysh yang biasa makan
daging kering”. Cara pengenalan diri seperti itu mengesankan sikap
tawadhu'nya kepada Allah dan sekaligus rasa kedekatannya dengan umat. Junjungan
s.’a.w menisbahkan dirinya kepada ibunya yang bercitra wanita rakyat biasa,
tidak kepada datuk-datuknya yang bangsawan dan pembesar Quraysh. Demikianlah
cara pengenalan diri yang mengesankan persamaan kemanusiaan.
Banyak peristiwa lain lagi yang membawa mesej yang sama,
termasuk kejadian tertangkapnya seorang wanita yang melakukan kesalahan
mencuri. Kabilah wanita tersebut cuba melobi al-Rasul s.’a.w. agar
membebaskannya daripada hukuman dengan alasan wanita tersebut termasuk golongan
bangsawan dalam kabilahnya. Peristiwa itulah yang melatari sabda Junjungan
s.’a.w. yang mencerminkan ketegasan dalam penegakan prinsip persamaan
kemanusiaan,”Sesungguhnya telah hancur umat sebelum kamu (akibat amalan
diskriminatif) apabila orang besar mencuri mereka biarkan, tetapi apabila orang
kecil mencuri mereka hukum. Demi Allah, andainya (anakku) Fatimah binti
Muhammad itu mencuri, nescaya aku potong tangannya”. Komitmen terhadap
prinsip persamaan kemanusiaan diteruskan oleh para khalifah penggantinya
seperti yang dilakukan oleh Khalifah Kedua, Amir al-Mu’minin ‘Umar
ibn al-Khattab r.’a. terhadap anak Governor Mesir (‘Amr ibn al-‘as) yang
memukul seorang Qibtiy semata-mata kerana ia (Qibtiy) telah memotongnya dalam
satu perlumbaan. Khalifah telah menjatuhkan hukumanqisas ke atas
anak Governor tersebut. Ketika pihak yang bersalah menprotes atas alasan
ketidaksamaraan taraf , ‘Umar al-Khattab menjawabnya dengan nada yang cukul
tegas, “Sejak bila kalian memperhambakan manusia, walhal semua mereka
telah dilahirkan oleh ibu-ibyu mereka sebagai anak-anak merdeka!”. Peristiwa
lain yang juga banyak dirujuk dalam isu persamaan kemanusian ialah hukuman qisas yang
dijatuhkan oleh ‘Umar ibn al-Khattab keatas Jabalah ibn al-Ayham.
Raja Ghassan itu didapati bersalah kerana memukul seseorang (orang awam)
yang secara tidak sengaja terpijak pakaiannya. Jabalah juga membantah hukuman
qisas, undang-undang yang menyamakan raja dengan jelata. Sebagai raja yang
berasa darahnya lebih istimewa, beliau tidak mahu disamakan dengan rakyat
biasa. Bantahan itulah yang dijawab oleh ‘Umar (r.’a.) dengan satu lagi
ungkapan yang cukup mengesankan, “Tetapi Islam telah menyamakan kamu
berdua.” Demikianlah, kemerdekaan yang benar-benar bererti bagi orang
kecil ialah apabila hak-haknya sebagai manusia mulia dihormati, sama seperti
orang lain. Tetapi andainva masih berlaku amalan penghakiman diskriminatif,
pendakwaan berpilih-pilih atau seumpamanya, bererti rakyat belum memperoleh
kemerdekaannya.
Memang kemerdekaan adalah bahagian daripada keinsanan.
Tetapi ia bukanlah kemerdekaan yang bererti kebebasan anarkis. Kebebasan dalam
Islam selamanya terkendali dalam bimbingan prinsip-prinsip hukum dan
nilai-nilai akhlak. Kerana itu sebagaimana yang disebut oleh al-Sakhawiy, “Islam memberikan kebebasan kepada manusia,
dan sekaligus mengawalnya: dengan nilai akhlak agar tidak terlajak, dengan
keadilan agar tidak menjadi pelaku kezaliman. dengan kebenaran agar terhindar
dari tarikan nafsu kebatilan, dengan kebaikan dan pengorbanan agar tidak
bersikap egois annaniyah kesombongan, ...” (al-Zuhaykiy, 2000:41).
* Dicuplik daripada:
**********************************
Entri-entri berkaitan:
1.
Untuk sejarah ringkas
ABIM, boleh rujuk pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2010/12/sejarah-angkatan-belia-islam-malaysia.html.
2.
Wacana ke-15 Sinar
Harian: Peranan Ulama Menasihati Pemimpin: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/wacana-ke-15-sinar-harian-peranan-ulama.html?spref=fb.
3.
Teks ucapan kemerdekaan
oleh Ustaz Siddiq Fadzil: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/mensyukuri-nikmat-menginsafi-amanat.html.
4.
Peluncuran buku Islam dan
Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/buku-islam-dan-melayu-martabat-umat-dan.html.
5.
Peluncuran buku Yusuf
Qaradhawi dan Kebangkitan Rakyat: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/sekitar-majlis-diskusi-dan-peluncuran.html.
6.
Muktamar ABIM ke-41
(2012M): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/seputar-muktamar-sanawi-abim-ke-41-2012m.html.
7.
Pelancaran Tabung Bosnia
ABIM pada 1992: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/9hb-jun-1992-pelancaran-tabung-bosnia.html.
8.
Sedikit tulisan berkenaan
Grup Peguam ABIM (GPA): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html.
**********************************
Separuh akhir Piala Malaysia 1996.
Separuh akhir Piala Malaysia 1996.
Antara
anggota skuad Red Giants yang masih saya ingat: (Belakang) Shamsul Amri Abu
Bakar, Azlisham Ibrahim, P. Maniam, Abu Talib Sulaiman, Nazzab Hidzan, Dato’
Aini Taib (Pengurus pasukan), Azman Adnan, Mubin Mokhtar, Asmawi Bakiri, Mehmet
Durakovic, Shahril Arsat, David Mitchell, dan Ken Worden (Jurulatih). Barisan
depan: V. Murugan, Asroff Hanafiah, V. Yogeswaran, Paul Raj dan Yap Kam Choon.
Entri-entri berkaitan:
- Untuk sejarah ringkas Adidas, Puma dan perseteruan Dassler Bersaudara, boleh klik pautan ini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/adidas-dan-puma-perseteruan-dassler.html.
- Berkenaan biodata ringkas Supermokh, ada ditulis di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/08/supermokh-lagenda-yang-tiada-galang.html.
- Sedikit tulisan berkenaan lagenda bola sepak Malaysia, Azizol Abu Haniffah: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/azizol-abu-haniffah-lagenda-yang-tak.html.
- Untuk biodata ringkas Azman Adnan, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html.
- Sedikit tulisan berkenaan penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak Malaysia: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/03/penjaga-gol-terbaik-malaysia.html.
- Sedikit tulisan berkenaan kegemilangan Haji Sidek Abdullah Kamar dan Sidek Bersaudara, ada di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/05/anak-anak-sidek-dari-kanchong-darat-ke.html
- Untuk tulisan berkenaan penjaga gol yang menjaringkan gol: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/04/penjaga-gol-yang-menjaringkan-gol.html.
- Berkenaan El Phenomeno, Ronaldo: http://chedinsphere.blogspot.com/2011/02/ronaldo-si-el-fenomeno.html.
- Evolusi bola Piala Dunia: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/evolusi-bola-piala-dunia.html.
- Wajah Super Safee sewaktu berambut panjang (2005-2006): http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html.
***************************************************
Rabu, Ogos 29, 2012
Quotes About Books.
Quotes About Books.
1.
“A room without books is like a body without
a soul.”--Marcus Tullius Cicero.
2.
“When I have a little money, I buy books; and
if I have any left, I buy food and clothes.”--
Desiderius Erasmus Roterodamus.
3.
“Good friends, good books, and a sleepy
conscience: this is the ideal life.”
--Mark Twain.
4.
“If one cannot enjoy reading a book over and
over again, there is no use in reading it at all.”--
Oscar Wilde.
5.
“There is no friend as loyal as a book.”--Ernest Hemingway.
6.
“A great book should leave you with many
experiences, and slightly exhausted at the end. You live several lives while
reading.”--William Styron,Conversations with William Styron.
7. “Anyone who says they have
only one life to live must not know how to read a book.” -- Author Unknown.
8.
“A book is like a garden
carried in the pocket.” -- Chinese Proverb.
9. “Books - the best antidote
against the marsh-gas of boredom and vacuity.” -- George Steiner.
10.
“Books are delightful
society. If you go into a room and find it full of books - even without
taking them from the shelves they seem to speak to you, to bid you welcome.” --
William Ewart Gladstone.
11.
“The reading of all good books is like a conversation with the finest
men of past centuries.” -- Rene Descartes (Discours de la Methode, 1637).
References:
- http://quotationsbook.com/quotes/author/59/ ;
- http://mmdelrosario.hubpages.com/hub/quotations-about-books ;
- http://www.quotegarden.com/books.html ; and
- http://www.goodreads.com/quotes/tag/books?auto_login_attempted=true .
Selasa, Ogos 28, 2012
Hudud: Amaran Abim jangan sampai cetus Islamofobia.
Hudud: Amaran Abim jangan sampai cetus Islamofobia
Oleh: Haji Amidi Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM)
***************************
Ulasan Angkatan Belia
Islam Malaysia (Abim) merujuk kepada polemik hudud serta perundangan Islam yang
semakin memuncak semenjak kebelakangan ini.
Semenjak penubuhannya pada
tahun 1971, Abim telah secara konsisten menyatakan komitmen serta sokongannya
terhadap perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini. Komitmen serta
sokongan ini beralaskan kepada fakta bahawa Islam telah diangkat sebagai agama
persekutuan di negara ini, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa Malaysia adalah
sebuah negara sekular (yang memisahkan Islam dari tatacara politik dan
perundangan).
Kenyataan ini secara jelas dimaktubkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama persekutuan yang turut
didukung menerusi beberapa peruntukan undang-undang lain.
Justeru Abim mengecam sama sekali usaha pihak tidak bertanggungjawab yang ingin
memomokkan perundangan hudud serta perundangan Islam sebagai sebuah agenda
bersifat ancaman terhadap golongan masyarakat bukan Islam di negara ini.
Sesungguhnya Abim menilai tanggapan tersebut bersifat politik murahan yang
dihalalkan untuk meraih dukungan politik secara meluas di kalangan masyarakat
bukan Islam terutama sekali di saat negara dicengkam situasi politik kotak
hitam ataupun keadaan politik tidak menentu menjelang pilihan raya umum ke-13
akan datang.
Dalam hal ini, Abim ingin merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikemukakan
oleh pimpinan MCA dan DAP yang sama sekali tidak mengambil kira sensitiviti
serta intipati tersirat yang terkandung dalam perundangan hudud serta Islam
secara keseluruhannya.
Sekiranya keadaan ini berterusan serta tidak dibendung, fenomena Islamophobia
yang membayangi keharmonian hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di
seluruh dunia akan menular ke negara ini.
Abim ingin menegaskan bahawa Islam sama sekali tidak menafikan hak serta
kebebasan masyarakat bukan Islam. Hakikat serta penegasan tersebut telah
digariskan secara jelas dan tegas dalam perundangan Islam (hudud secara
khususnya), menerusi prinsip maqasid syariah.
Lantaran itu, sebarang usaha untuk mempolemikkan perundangan Islam (hudud)
untuk menimbulkan prasangka buruk dalam kalangan bukan Islam seharusnya
dihentikan. Sebaliknya semua pihak harus bersedia memahami perkara ini
sebaiknya bagi menangkis segala bentuk salah faham dalam masyarakat.
Oleh itu, Abim menawarkan ruang penjelasan dalam bentuk perbincangan serta
wacana yang bersifat akademik dan ilmiah. Abim juga bersedia untuk mengadakan
siri-siri penjelasan terkemuka dengan masyarakat awam terutama sekali di
kalangan masyarakat bukan Islam.
*Untuk
sejarah ringkas ABIM, boleh rujuk pautan ini:
***************************
Sumber:
- http://www.sinarharian.com.my/nasional/hudud-amaran-abim-jangan-sampai-cetus-islamofobia-1.78916 ; dan
- http://www.malaysiakini.com/news/207142 .
Ahad, Ogos 26, 2012
Kumpulan 4U2C dan Komik Kawan.
Pada 1994, 4U2C telah
mengeluarkan album ketiga mereka
berjudul “2BD#1” (To Be The Number One) dan mereka
bersaing hebat dengan kumpulan KRU yang mengeluarkan album
mini “Awas!”.
Tatkala KRU disambar
oleh syarikat filem untuk menjadi pelakon, 4U2C pula disambar oleh syarikat
pengeluar minuman SBM Trading Sdn Bhd untuk mewakili jenama baru minuman dalam tin yang
bernama “RAP”.
Kumpulan Network International Chicanos Organisation (NICO)yang dianggotai
Abdul Fashah Abdul Aziz (Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli
(Dino), pernah mencetuskan fenomena muzik rap dna pop sekitar 1990an. Kumpulan
itu merakamkan tiga buah album iaitu “Buatan Los Angeles” (1993); “Realiti”
(1995); “Alamak!” (1996); dan Ops Kecoh (2003).
Kumpulan Selangor RappersUnit (SRU), yang kemudiannya dikenali sebagai Kumpulan
Rap Unggul (KRU), dianggotai oleh Edry, Norman dan Yusry. Sehingga kini
mereka masih kekal bersama, malah berjaya meluaskan empayar perniagaan mereka.
**********************************
Kumpulan 4U2C dan Komik Kawan.
Dalam tulisan kali ini, saya paparkan sedikit koleksi komik “Kawan” yang
saya miliki. Dulu saya melanggannya setiap bulan, tapi, kini tinggal tiga
naskah sahaja. Saya menyukai siri kartun “4U2C”
lukisan Kartunis Miki, yang menggunakan nama dan wajah anggota Kumpulan 4U2C
sebagai watak utamanya. 4U2C (For You To See) asalnya dianggotai oleh tujuh
orang anak muda yang terdiri daripada A.C (Mizal Zaini); Azam (Nor
Azam bin Mohamed); Lanz (Razlan Ramdan); Yanz (Haji Suffian); Joe (Mohd Johari);
Rinz (Raja Azrin); dan Adik (Mohd Faizal Khamis).
Kumpulan 4U2C pernah memenangi
anugerah Penyanyi Berkumpulan
Popular (Anugerah Bintang Popular) pada 1993. Tahun itu menyaksikan
berakhirnya penguasaan kumpulan rock dalam kategori tersebut sejak pertandingan
itu dimulakan pada 1987 yang ketika itu dimenangi oleh kumpulan Search.
Bersama
generasi pertama 4U2C, A.C bersama rakan-rakannya merakamkan beberapa album
seperti “4U2C” (1992); “Love2CU” (1993); dan “2BD#1” (1995).
Kemudian, selepas keluarnya beberapa
orang anggota asal 4U2C (termasuk Joe), A.C bersama generasi kedua kumpulan
tersebut menghasilkan alum terakhir mereka, “Kembalilah Fiona” pada
tahun 1996. Kenangan.
**********************************
Sumber:
- http://arkibnegara.blogspot.com/2011/03/minuman-rap-4u2c-1994.html ;
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0211&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm ;
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:4U2C_-_Kembalilah_Fiona_%2796.jpg ;
- http://arkibnegara.blogspot.com/2011/01/histeria-di-konsert-4u2c-1993.html ;
- http://mohdfitri.blogspot.com/2009_08_01_archive.html ; dan
- http://kisah69.blogspot.com/2012/04/review-kumpulan-rap-terkenal-era-1993.html .
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...